Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan mendedahkan suami dan anak perempuannya telah disahkan positif Covid-19 bulan lalu namun bersyukur kerana mereka sudah pun pulih sepenuhnya.
Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta menambah, dia dan dua anak lelakinya negatif virus berkenaan.
“Apa nak buat, kita tak mampu menghalang semua ini. Suami saya sepatutnya menjalani penggambaran sebuah drama bulan lalu, tapi akhirnya tawaran tersebut terpaksa ditolak.
“Suami memang bergejala seperti batuk, selesema dan demam. Cuma dia sendiri kurang pasti terkena virus itu di mana. Kemudian berjangkit pula kepada Aaisyah.
“Bagaimanapun Aaisyah hanya demam saja, tetapi deria rasanya masih ada. Tapi saya dan dua anak lelaki bersyukur kerana kami sebaliknya disahkan negatif. Alhamdulillah mereka kini sudah pulih sepenuhnya,” kata Che Ta.
Che Ta reda dengan ujian yang menimpa dan mengakui ibunya turut positif Covid-19, termasuk beberapa adik-beradiknya beberapa bulan lalu.
“Tapi apa daya kita nak menghalang semua ini daripada terjadi. Walaupun suami sudah lengkap dua dos suntikan vaksin, ia bukan jaminan yang virus jahat itu takkan menyerang. Virus ini memang ada di sekeliling kita.
Ads
“Apabila kena batang hidung sendiri saat ahli keluarga dan adik beradik sendiri positif wabak itu, kita kena reda. Kadang-kadang sejauh mana kita berhati-hati pun, nak jadi… jadi juga,” katanya lagi.
Lalu, beberapa perancangan turut terjejas termasuk sambutan ulang tahun kelapan perkahwinan, yang mana mereka sepatutnya bercuti ke sebuah pulau peranginan dalam negara.
Namun, mengenang situasi semasa, pasangan selebriti ini sepakat menganjurkan majlis secara sederhana tetapi meriah di sebuah lokasi di ibu kota, baru-baru ini.
Ads
“Ikutkan dalam seminggu juga saya, suami dan Aaisyah ditemani jurugambar menikmati percutian di pulau itu. Kami patut pulang daripada percutian sehari sebelum ulang tahun perkahwinan kelapan pada 11 Disember lalu.
“Cuma majlis kali ini memang cukup sederhana kerana situasi semasa pandemik. Tapi tetap nak rasai mood jadi pengantin dengan mengenakan gaun rona putih.
“Tahun ini sempat juga melaram dengan baju songket rekaan Man Kajang untuk sesi fotografi. Tahun lalu kalau ada yang masih ingat songket berwarna hijau rekaan pereka fesyen sama jadi pilihan.
“Masa itu, fotografi dibuat di Pulau Langkawi dalam suasana kenduri dan persandingan ala kampung. Sampai siap diarak dengan paluan kompang. Zain pun mengenakan bertanjak dan berkeris,” katanya yang turut mengenang momen indah perkahwinannya.
Ads
“Pejam… celik mata, sudah masuk lapan tahun saya berkahwin. Tempoh itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui. Biasalah dalam tempoh itu ada gaduh ‘manja’ dan rajuk. Tetapi tak lama, lepas itu sejuklah.
“Pandemik ini juga menguji, tapi baik saya dan suami cuba mengharunginya sebaik mungkin. Pernah ada ketika saya terguris hati dan sentap dengan suami, dia datang buat kejutan bawa jambangan bunga ketika saya menjalani penggambaran di Kedah.
“Pendek kata pada fasa sekarang memang kena kuat bertahan dan bertolak ansur,” katanya yang turut bersetuju mengenai sisi kebahagiaan atau kesengsaraan itu tak perlu dipamer di media sosial.
Che Ta dan Zain bernikah pada 11 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang anak, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia tujuh tahun.
Pelakon drama Tahyul ini turut mempunyai dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Rozita Che Wan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kalau anda seorang yang gemar menonton rancangan hiburan Indonesia, pasti akan kenal dengan Raffi Ahmad. Merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyanyi, lelaki berusia 34 tahun ini sudahpun mendirikan rumah tangga dengan Nagita Slavina dan memiliki dua orang cahaya mata lelaki.
Bukan sahaja terkenal di kaca televisyen, dia juga terkenal sebagai selebriti yang memiliki ramai pengikut di saluran YouTube milik keluarganya, RANS Entertainment. Nama RANS merupakan singkatan bagi Raffi Ahmad Nagita Slavina. Saluran tersebut sehingga kini memiliki lebih 22 juta pengikut.
Terbaharu, Raffi telah mengejutkan pembantu rumah yang juga merupakan pengasuh anak sulungnya dari kecil. Wanita yang bernama Shela Marcella itu telah menerima wang hadiah bernilai 100 juta rupiah ataupun RM29’432.40 di dalam akaun bank yang dibuka majikannya itu untuknya.
Dalam video temubual Raffi bersama pembantu rumahnya itu, kelihatan dia menyuruh Shela membuka akaun bank agar memudahkan sebarang pembayaran ataupun urusan secara dalam talian. Lantas figura yang pernah terkenal dengan lagu Jangan Bilang Tidak itu memasukkan wang tersebut secara spontan ke dalam akaun bank pembantu rumahnya.
Shella dengan reaksi terkejut berkata, “MasyaAllah, betul ke 100 juta ni pak. Benar pak? Tidak terlalu banyak kosong ke ni?” Jawab Raffi, “Benar, kalau tak mahu, nak saya kurangkan ke?”
Menenangkan Shela yang terkejut menerima pemberian majikannya itu, Raffi berkata, “Tenang saja, inikan apresiasi buat Lala kerana menjadi orang yang baik dan tulus.Mencari kesetiaan itu lebih sulit, sampai tak bercuti.”
Wang yang diberikan merupakan apresiasi Raffi kepada pembantu rumahnya itu yang telah setiap menjaga anak sulungnya sejak lahir lagi. Bahkan dia juga turut membiayai pembelajaran Shela yang kini dalam masa yang sama melanjutkan pelajaran di Universiti Tanri Abeng dalam jurusan pengurusan. Dia turut berjanji untuk menjaga pembantu rumahnya itu sampai tua, asalkan masih setia membantu menjaga anak-anaknya.
Selain bekerja sambil belajar, kalau nak tahu Shela memiliki lebih 1.6 juta pengikut di laman Instagramnya. Fuh! memang tahap social media inluencer dah ni.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Sumber: YouTube RANS Entertainment
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin menzahirkan rasa kebimbangannya terhadap varian baru virus Covid-19, Omicron yang dikhabar telah tersebar di seluruh dunia.
Menurut Shahrulezad, dia menjangkakan bahawa Malaysia berkemungkinan besar bakal berhadapan sebuah lagi fasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya keadaan menjadi bertambah buruk.
Bagaimanapun, Shahrulezad atau lebih mesra disapa Budak Ijat menyeru kepada semua pihak untuk kekal tenang dan meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah SWT.
“Nampak gaya macam tak beraya lagi la kita tahun depan gais. Hehe. Standby jer lah another PKP kalau virus Omicron berjaya masuk ke Malaysia (I am sure it will)
“Dont worry guys. Kita ada Allah. One of the hikmah pandemic ni rasa kebergantungan kita pada Allah semakin meningkat. InsyaAllah,” tulisnya.
Kegusaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pengarah drama, Nur itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Sementara itu, Shahrulezad turut menyeru kepada semua pihak untuk memperbanyakkan membaca Al-Quran serta berzikir agar hati kekal tenang bagi menghadapi detik sukar ini.
“Amalkan saja dua ayat terakhir surah Al Baqarah, ayat 83 surah Al Anbia dan ayat 84 Surah Ghafir. Oh yer amalkan selawat sebanyak mungkin setiap hari.
“Dahulukan Allah dalam saat saat begini insyaAllah kita akan tenang,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Shahrulezad turut menyifatkan segala dugaan yang berlaku ini mempunyai hikmah disebaliknya.
“Rezeki dan ajal kita semata mata di tangan Allah. Semua dari kita akan mati jua akhirnya. Cuma pengakhiran yg bagaimana kita mahu kan. So dont worry. We can plan from now
“Ingat. Apa jadi sekali pun kasih sayang dan rahmat Allah pada kita melebihi segala galanya. Tentu ada hikmah disebalik semua yg berlaku ni,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar keadaan negara dapat terhindar daripada wabak penyakit, Covid-19.
“Semoga Allah pelihara kita semua Malaysia negara kita.
“Tenang baca post you. Tenang je rasanya. Ya kita ada Allah SWT.
“Terima kasih atas peringatan. Berdebar rasa.
“Thank you for sharing. Will do,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Shahrulezad juga merupakan salah seorang pesakit yang telah sembuh daripada wabak Covid-19.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Shahrulezad Mohameddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemelut rumah tangga pelakon, Nynaa Harizal bersama suaminya, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas disifatkan kini telah berakhir selepas kedua-duanya memutuskan untuk menyelamatkan rumah tangga yang telah dibina.
Setelah kembali ke pangkuan suami, Nynaa dilihat telah memuat naik hantaran foto perkahwinan mereka sambil menyatakan rasa syukur.
Menurut Nynaa, perasaannya kini sememangnya berasa amat gembira selain turut menyifatkan Allah telah pun memakbulkan segala doanya selama ini.
“Alhamdulillah Allah has answered my prayers. I’m so grateful to be back where I belong.
“Words can’t describe how much you mean to me. I love you so much my husband. @fahmiilyas . Till death do us apart,” tulisnya di Instagram.
Katanya lagi, dia juga amat menyayangi suaminya tu dan menegaskan hanya maut yang dapat memisahkan mereka selepas ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga rumah tangga yang dibini oleh Nynaa dan suami akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Allah sayang, Alhamdulillah.
“Alhamdulillah, semoga Allah memudahkan segala urusan untuk you dear. Doaku dari jauh. Semoga bahagia hingga ke jannah.
“Alhamdulillah so happy for you both. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah.
“You have a great husband. Moga hingga ke jannah-Nya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sementara itu, pada Rabu lalu, Nynaa dan suami difahamkan telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur bersama-sama bagi mendengar sebutan kes tuntutan nusyuz yang difailkan Fahmi pada 12 November lalu terhadap Nynaa.
Namun, peguam yang mewakili Fahmi, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar memaklumkan hubungan suami isteri tersebut telah berjaya diselamatkan dan tiada isu nusyuz dalam ikatan perkahwinan mereka.
Dalam pada itu, Nynaa dan Fahmi juga berjanji akan menjelaskan secara lanjut mengenai apa sebenarnya yang terjadi dalam rumah tangga mereka dalam satu sidang media tidak lama lagi.
Terdahulu, konflik rumah tangga melibatkan finalis Dewi Remaja 2019 itu tercetus apabila dia didakwa telah diculuk oleh ahli keluarganya sendiri.
Fahmi kemudiannya telah membuat laporan polis terhadap tindakan bapa mentuanya dan turut memfailkan tuntutan nusyuz terhadap aktres itu setelah hampir dua minggu keluar tanpa kebenarannya.
Setelah itu, Nynaa pula memfailkan tuntutan cerai kepada Fahmi di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru pada 10 November lalu.
Sekadar informasi, Nynaa dan Fahmi telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 28 Ogos lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Nynaa Harizal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...