Baru-baru ini, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta sekali lagi telah bercuti bersama-sama keluarganya di kota London.

Kalau diikutkan tahun ini sahaja, Che Ta dan keluarga sudah beberapa kali menjejakkan kaki ke kota itu.

Seperti biasa, memang mereka sekeluarga akan mengenakan pakaian yang cukup stylo.

Setiap kali melancong, Che Ta dan sekeluarga pasti mengenakan warna pakaian yang sama dan boleh dikatakan satu hari untuk satu warna pakaian sahaja dan akan memuatnaik di instagram miliknya. Malah, Aaisyah juga nampaknya sudah mengikut jejak langkah Che Ta yang sering mempergayakan pelbagai fesyen.

Gaya dan penampilan seisi keluarga ini sering mendapat perhatian ramai setiap kali mereka bercuti.

Namun ada seorang pengikutnya, BenAli yang juga merupakan seorang pelakon, mengatakan background gambar Che Ta kelihatan seperti diambil di sekitar pusat beli-belah di Aman Central Mall, Kedah.

IKLAN

Che Ta Di London Macam Kat Kedah

Melihatkan komen itu, Che Ta secara bergurau membalas sapaan itu dengan menulis, “Dajeeee Hampa”.

Komen Che Ta itu ternyata mengundang gelak tawa netizen. Dakwa mereka perkataan ‘Dajee hampa’ merupakan loghat Kedah yang bermaksud pedajal awak ni, kata-kata yang selalu digunakan oleh orang utara.

MH juga kongsikan beberapa keping gambar percutian mewah keluarga Che Ta di Kota itu.

IKLAN

Che Ta Di London Macam Kat Kedah

Che Ta Di London Macam Kat Kedah

Che Ta Di London Macam Kat Kedah

Che Ta Di London Macam Kat Kedah

IKLAN

Che Ta Di London Macam Kat Kedah

Sumber : Instagram Rozita Che Wan

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI