Kejadian tragis yang menimpa pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, 13, yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah agama di Papar, Sabah, mengundang pelbagai spekulasi masyarakat, khususnya di media sosial.

Malah segelintir warganet yang mengaitkan kematian Zara dengan dakwaan perbuatan buli oleh rakan pelajar lain.

Sehingga kini, kes tersebut terus mencetuskan gelombang solidariti rakyat, apabila selebriti turut memainkan peranan penting, bersuara dan menuntut siasatan yang adil serta telus demi membela nasib Zara.

Peranan Selebriti & Netizen Buka Mata Masyarakat

Doktor dan penceramah kesihatan, Dr Afif Mohd Ridzwan, 44, yang sering berhadapan dengan kes buli, tidak menafikan suara selebriti sangat penting dalam isu ini.

“Sebagai doktor yang sering berhadapan dengan kes buli, saya berdiri teguh di belakang selebriti, netizen dan masyarakat yang prihatin terhadap nasib Zara serta mahu tegakkan keadilan.

“Mereka adalah penggerak kesedaran iaitu mata masyarakat atau ‘watchdog’ yang memantau setiap pergerakan kes itu. Tanpa gesaan atau ‘perjuangan’ selebriti, mungkin kes ini tidak berjalan atau dibincangkan secara serius seperti sekarang.

“Jadi peranan selebriti dan netizen yang bergerak pantas sangat memberi impak besar kepada masyarakat.

Ads

“Selagi mana peminat ikut dan terdorong untuk melakukan perkara baik disebabkan selebriti itu, selagi itulah pahala mengalir dengan izin Allah,” katanya.

Dr Afif, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain, pernah beberapa kali memberi ceramah dan membuat hantaran di media sosial berkaitan isu ini.

Beliau akui mendapat inspirasi daripada tindakan pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan (Che Ta) yang lantang membela Zara sejak awal kes.

“Sejak awal kes ini jadi bualan, saya lihat Che Ta adalah antara artis yang cukup lantang bersuara. Kiranya Che Ta buka mata masyarakat dalam isu ini.

Ads

“Saya juga sokong apabila Che Ta menerusi salah satu hantarannya menjelaskan, kalau kita semua berdiam, kes itu berkemungkinan akan didiamkan.

“Baginya, rakyat wajar berani bersuara supaya pihak atasan terus menjalankan siasatan.

“Jika saya sebelum ini berhadapan dengan mangsa buli hanya di klinik, keberanian Che Ta bersuara dan membela nasib Adik Zara telah memberi inspirasi, semangat dan dorongan kepada orang ramai untuk menuntut keadilan secara terbuka.

“Jadi, saya dan masyarakat luar sana bersemangat untuk memperjuangkan ‘Justice for Zara’,” katanya lagi.

Ads

Antara selebriti lain yang turut bersuara termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Iesya Toh, Bella Astillah, Mimi Lana dan ramai lagi.

Harapan Keadilan

Dalam pada itu, Dr Afif berharap agar semua pihak memberi kerjasama kepada pihak polis agar siasatan berjalan lancar.

“Apa pun, kita juga perlu menghormati siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak polis. Kalau tak ada maklumat yang sahih, janganlah sebarkan kerana ia boleh mengganggu proses siasatan yang sedang berjalan.

“Saya yakin pihak berkuasa tidak sesekali membezakan-bezakan kes,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Che Ta menerusi media sosialnya turut menyuarakan harapan agar kes kematian Zara Qairina mendapat pembelaan sewajarnya.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads