Che Puan Syamim Bawa Nenek Usia 88 Tahun Suntik Dos Pertama Vaksin… “Doakan Wan Saya.”

Share

Pelakon, Che Puan Syamim Farid berkongsi khabar selepas lebih 24 jam membawa neneknya yang mesra disapa Wan, mendapatkan vaksin bagi mencegah Covid-19, pada Isnin.

Katanya, Wan yang kini mencecah usia 88 tahun berada dalam keadaan baik dan selera makannya juga bertambah.

“Salam all. A lot of you guys have been askin me about my Wan’s condition after the vaccination yesterday.

“Post-vaccination (after 24 hours), shes fine so far. Selera makan bertambah-tambah je. Alhamdulillah.

“Ada yang bertanya, how old is my grandmother? Shes still young. Baru 88 years old. Doakan Wan terus sihat ya. Amin,” tulisnya.

Pelakon drama Hati Yang Dikhianati ini turut memberitahu neneknya turut mengucapkan terima kasih atas doa dan ingatan semua.

Syamim turut berkongsi momen membawa neneknya itu ke pusat vaksin menerusi Instastory.

Sementara itu pada hantaran terkininya di Instagram pula, Syamim turut bersyukur kerana urusan tersebut dipermudahkan.

“Permaisuri hati vaccination day. alhamdulillah all went well. doakan wan saya dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. thank you.

“Everything was well organised and they were so helpful. gotta give credit to the frontliners, stay healthy and stay safe, everyone,” tulisnya lagi.

IKLAN