“Cermin Tinted, Tak Perlu Guna Helmet Tutup Muka,” – Fedtri Yahya Kesal, Video Wanita Kena Ragut Diseret!

Share

Tragedi ini didakwa berlaku di Wakaf Bharu Kelantan baru-baru ini dan sepotong video yang dikongsi pengacara, Fedtri Yahya nyata mengundang kemarahan netizen.

Memperlihatkan sebuah kereta tempatan bercermin gelap yang mendekati seorang wanita di bahu jalan kemudian meragut beg tangan mangsa.

Cukup menakutkan apabila beg yang diragut tersangkut pula pada tubuh mangsa hingga menyebabkannya terseret bersama kereta yang sedang bergerak.

Kes jenayah yang berlaku menimbulkan pelbagai reaksi lebih-lebih lagi peragug menggunakan cermin gelap.

“Banyak keburukan kereta full tinted. Dulu org ragut guna motor, sekarang guna kereta pun boleh sebab cermin tinted, tak perlu guna helmet tutup muka.”

Kerajaan sebelum ini menerusi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meluluskan penggunaan lapisan filem atau cermin gelap tanpa had pada cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan pada awal bulan ini.

Tetapi cermin gelap berkenaan perlu mendapat kelulusan pihak berwajib terlebih dahulu.

Foto : Instagram Fedtri Yahya

IKLAN