“Cerdik, Moga Jadi Anak Soleh,” – Minta Bapa Ajar Cara Berwuduk, Gelagat Anak Sulung Buat Hanis Zalikha Sebak Dalam Syukur

Share

Satu hantaran di Instagram milik permata hati sulung kepada pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar nyata menyentuh jiwa ramai.

Apa tidaknya, Yusuf yang kini mencecah usia 4 tahun dilihat kian bijak, malah turut meminta si bapa agar mengajarnya cara-cara untuk mengenakan wudhuk.

“Hari ni Yusuf pergi dekat Daddy “Daddy can you teach me wudhuk?”,” tulis kapsyen berkenaan sambil disusuli emoji oleh daripada si ibu.

Lalu, para peminat turut tersentuh hati dan mendoakan agar anak sulung kepada pasangan ini membesar sebagai anak soleh.

Terdahulu, keduanya mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iatu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

IKLAN