Penyanyi Sufian Suhaimi tidak menafikan teaser yang terlalu banyak di media sosial menjadi antara faktor single barunya, Di Matamu menerima reaksi positif pendengar, hingga versi ‘raw’ single berkenaan sudah pun ditonton lebih 6 juta tontonan, dalam tempoh dua minggu dimuat naik.

Mengulas menegenai perkara tersebut, penyanyi itu tidak rasa ralat, sebaliknya bersyukur atas penerimaan baik pendengar sambil mengakui masih banyak yang belum didengar peminat menerusi versi rasmi yang akan dilancarkan pada 23 Mac depan.

“Sebenarnya lagu tu tidaklah lambat lancar, tapi penerimaan pendengar itu yang agak cepat. Dalam tempoh dua minggu sudah cecah 6 juta tontonan. Terima kasih atas sokongan semua. Apa pun, nantikan versi rasmi apabila dilancarkan nanti kerana banyak akan diselitkan dalam versi sebenar. Misalnya di bahagian bridge, akan ada live piano, koir dan sebagainya.

 

“Malah, key pun berbeza daripada apa yang sudah didengari sebelum ini. Saya naikkan key untuk lagu tersebut. Mungkin apa yang didengari tu merupakan ‘salam perkenalan’ untuk peminat daripada single ini,” katanya.

“Cepat Sangat…Dalam Dua Minggu Dah Capai 6 Juta Tontonan,” – Sufian Suhaimi Janji Yang Terbaik Untuk Lagu Baru

IKLAN

Pada masa sama, penyanyi ini juga membetitahu, dia sudah pun melakukan penggambaran muzik video Di Matamu berkenaan minggu lalu.

IKLAN

“Kami akan lancarkan sekaligus dengan muzik video. Tiada pelancaran rasmi memandangkan tarikh 23 Mac itu adalah hari Jumaat. Jadi hanya lancarkan ia di media sosial saja,” Jelas Sufian kepada MH selepas ditemui di sidang media pencarian bakat baru anjuran radio Era, Cover Star Era.

Foto: Instagram Sufian Suhaimi

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI