“Celaka Kau Israel Laknatullah!! Kau Tunggu Kat Akhirat Nanti,” – Heliza Helmi

Share

Tiada kata dapat menggambarkan kekejaman tentera Zionist Israel menentang rakyat Palestin.

Terbaru, Heliza Helmi menerusi Instagram berkongsi sebuah video tragis bagaimana tentera ini membaling gas memedih mata ketika umat Islam sedang menunaikan solat di bawah khemah.

Keadaan menjadi kacau bilau sehingga menyebabkan sebilangan jemaah terpaksa melarikan diri daripada saf, namun imam tetap meneruskan bacaan sehingga gas menerjah seluruh kawasan.

Lihatlah sendiri bagaimana KEKEJAMAN tentera ZIONIST israel menyerang rakyat Palestin yang hanya sedang solat dikawasan sourbaher selatan Juruselam

“Moga Allah selamatkan saudara kita di sana, Aamiin Ya Rabb.

“Sumbangan dibuat ke akaun MAPIM :
Maybank ( Dana Mapim ) 562834636620
Atau
www.tabunggaza.com
Facebook : MAPIM : Malaysian Consultative Council of Islamic Organization
HOTLINE MAPIM : 1300-888-038,” kongsinya.

Video yang dirakam oleh petugas media itu menerima reaksi amarah netizen.

Semoga saudara Islam kita dipermudahkan urusan di hati dan diberi ketabahan hati menghadapi kekejaman musuh.

Foto : Instagram Heliza Helmi

IKLAN