Cecah Usia 11 Hari, Raja Farah Syukur Maklum Anak Kedua Kian Pulih Dari Jaundice

Share

Pelakon, Raja Farah ada berkongsi mengenai perkembangan terkini anak lelaki keduanya yang dilahirkan 11 hari lalu.

Menerusi pekongsian terbarunya itu, Raja Farah ada memaklumkan anaknya kian pulih daripada masalah Jaundice atau demam kuning yang dialami.

“Fashion terkini eh dik.? Mitten pakai tgn kiri, socks pakai kaki kanan..? Hehe…punya lah active tgn & kaki awk, smpi tercabut mitten & socks awk. Alhamdulillah…adik baby recovering from jaundice…syukur sgt,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, ada peminat yang turut bertanya mengenai masalah sama dan mendapat jawab balas dari bintang berkenaan.

Terdahulu, Raja Farah atau nama sebenarnya, Raja Farah Raja Aziz sebelum ini menerusi perkongsian di Instagram ada memaklumkan, bayi seberat 3.45 kilogram itu dilahirkan secara normal pada jam 6.15 petang.

Foto: Instagram Raja Farah

IKLAN