Pelakon dan hos, Datin Fouziah Gous ada berkongsi beberapa keping gambar dan rakaman video di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous telah berkongsi ketika melawat seorang kanak-kanak bernama Hanez Nabila yang menghidap penyakit hati di kota Singapura, beberapa bulan lalu.
Kongsi pelakon yang berusia 33 tahun itu, adik Nabila merupakan salah seorang daripada peminatnya.
Di samping itu, Fouziah turut meluahkan rasa bersyukur kerana berpeluang untuk bertemu dengan adik Nabila yang kini semakin pulih dan kembali sihat.
“Sebelum ini saya tidak pernah share tentang adik Nabila ini. Semuanya bermula bila ibunya menghantar message melalui Dm tentang adik Nabila yg merupakan fan saya. اَلْحَمْدُلِلّهِdgn izin Allah saya dapat melawat anak ini di hospital ketika saya berada di Singapore atas urusan kerja beberapa bulan yg lalu.
“Saya hanya mampu bersyukur atas kurnian rezeki melalui @fgwalet yg banyak membantu dan memberi manfaat serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim.
“Semua ini pastinya berlaku hanya kerana izin Allah. Syukur اَلْحَمْدُلِلّهِsegala puji pujian hanya bagiMu Ya Allah,” tulisnya.
Malah, Fouziah turut memaklumkan, kanak-kanak berkenaan sudah pun menderita dengan penyakit tersebut sejak lahir.
“Sejak lahir lagi, adik Hanez Nabila telah dibelenggu dengan penyakit hati. Sehingga usia enam tahun, Hanez menderita sehingga kondisinya memerlukan dia melakukan pembedahan pemindahan hati.
“Walaupun begitu, harapan untuk Hanez pulih seperti kanak-kanak lain amat tipis kerana semasa hatinya tidak berfungsi dulu, nutrisi yang diperoleh oleh tubuhnya tidak bagus dan menyebabkan banyak masalah dalaman badan.
“Doktor sendiri tidak yakin untuk Hanez hidup lebih lama. Namun berkat kuasa tuhan, ibu Hanez disarankan untuk memberi anaknya minuman sarang burung dan Alhamdulillah, selepas setahun lebih mengamalkan, keadaan Hanez bertambah baik.
“Menurut ibunya, imuniti badan anaknya semakin kuat dan selera makannya juga bertambah. Dia kian aktif seperti rakan-rakan yang lain. Satu kelegaan dalam hidup mereka apabila Hanez Nabila diberi peluan kedua. Terima kasih Puan Feeza @feeza_hanez kerana sudi untuk berkongsi pengalaman anda bersama kami,” tulisnya.
Menerusi entri terkini penyanyi Indonesia yang kini mencipta nama di Amerika Syarikat, Agnez Monica telah memuat naik sekeping foto yang menjadi perhatian peminatnya seluruh dunia.
Penampilan Agnez yang cukup daring dan seksi mendapat lebih 300 ribu tanda suka di Instsgram, setakat ini.
“Nothing beats summer in LA!!!! #hotgirlsummer #AGNEZMO,” tulisnya.
Sementara di ruangan komen, rata-rata peminat teruja dan memberikan pelbagai reaksi terhadap foto berkenaan.
Terdahulu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Tak Ada Logika itu baru sahaja berkolaborasi menghasilkan lagu bersama penyanyi antarabangsa Chris Brown, untuk sebuah single sebelum muncul dengan single terkini.
Kehidupan rumah tangga selepas kehadiran insan baru boleh mengubah seluruh rutin hidup.
Misalnya pelakon, Shakilla Khoriri mengakui kemunculan Ameena dalam hidup adalah satu keajaiban.
Malah, dia sendiri tidak pernah menyangka akan melalui fasa mengandung dan melahirkan anak.
“Dulu sebelum ada Ameena aku dengan Fizi suka menari. Gemar sangat! Walaupun jenis tarian level -10.
“Rasa kejap je eh dah ada Ameena. Budak ni pun dah nak masuk 4 bulan. Dalam takut2 kitaorang nak besarkan dia. Dalam percaya tak percaya aku boleh mengandung dan ada anak ke tak sebelum ni,” ulasnya.
Langit tidak selalu cerah, pertelingkahan sering kali terjadi dalam soal penjagaan anak, namun dia bersyukur semuanya dihadapi dengan terkawal.
“Semua yang ada sekarang tak terjangka. Syukur Alhamulillah setakat hari ni aku dengan fizi boleh handle bad or good situatation dalam keadaan sangat terkawal.
“Tapi tak dinafikan kadang bila ribut mendatang masing2 Ada jugaklah yang keras kepala. Gaduh perang tak pernah, merajuk banyak kali.
“Seronok sebenarnya handle anak kecil ni. Mencabar macam panjat gunung nuang,” jelasnya lagi.
Dia turut menegaskan segala yang diluahkan hanyalah sekadar perkongsian dan ambillah sisi positif dalam apa yang disampaikan.
“Penat tapi so much fun tau i tell you. Kadang untuk teruskan hidup kena selalu positive. Jangan mengata orang sebab nanti berbalik dekat kita semula. Jangan menunjuk sebab orang sekarang ramai yang gila babi tak boleh tengok orang senang.
“So ada benda yang di share kan itu sekadar perkongsian supaya kita semua boleh ambil yang positive dan tinggalkan nagative dalam alam rumah tangga.
“Setiap posting tidak lah dengan niat menunjuk atau apa. Sekadar semangat kepada semua yang terbaca atau tertengok untuk hargai pasangan masing2,” tulis pelakon drama Adam Dan Hawa.
Malah, tegasnya lagi, biarpun Allah telah menjanjikan rezeki selepas berkahwin dan mendapat anak, namun apa yang penting, usaha.
“Janji Allah, bila berkawin akan ada rezeki masing2. Dan ada juga rezeki yang datang tanpa henti bila ada anak. Cepat atau lambat.
“Tapi jangan kau kawin dok ngangkang kat rumah tak kerja tak usaha.Lepas tu kau pegang janji Allah yang rezeki lepas kawin dan lepas ada anak. Sengal otak ke?
“Maaf andai terkasar bahasa. Hargai orang tersayang. Jangan give up dalam hidup. Be positive. Bersihkan hati. Jauh sikap dengki iri hati. Support each other. Love yourself and make it all happen,” tulisnya panjang lebar.
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.