Categories: Berita

“Carilah Kerja Kalau Kamu Lelaki, Ada Tangan Ada Kaki,” – Hari-Hari DM Minta Tolong, Azza Elite Tempelak Siapa?

Share

Kebelakangan ini, ramai selebriti dilihat menggunakan pengaruh media sosial mereka untuk membantu sesiapa sahaja yang mengalami kesusahan terutamanya yang terjejas pendapatannya ekoran penularan COVID-19.

Namun begitu, terdapat pula beberapa pihak tidak bertanggungjawab menjadikan usaha murni ini sebagai langkah untuk meraih bantuan dengan cara yang mudah.

Itulah situasi yang berlaku kepada pelakon dan penyanyi, Azza Elite yang dikatakan sering mendapat mesej daripada individu tidak dikenali mendesak untuk meminta pertolongan.

Menurut Azza, dia tidak mampu untuk menolong semua orang kerana dia juga merupakan seorang peniaga yang berhempas-pulas mencari rezeki.

“Assalamualaikum morning, Kak Za nak tegur sikit..sikit je. Ramai sangat dm Kak Azza minta bantuan.

“Ye faham. Kak Za nak bagi tahu, Kak Za tidak mampu nak tolong semua orang. Hari-Hari kamu dm minta bantuan sampai mendesak..Apakah?

“Saya sendiri hari-hari meniaga. Bubuh gambar baju ada yang beli ada yang tidak. Tapi saya tetap yakin Allah bantu saya tapi bukan bermakna kita duduk minta bantuan sahaja,” tulisnya.

Tambah anggota kumpulan Elite itu lagi, kita harus percaya dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT tetapi hendaklah disertakan juga dengan usaha.

“Tahu tak saya simpan duit syiling dan bila penuh saya tidak malu tukar di mesin sebab saya tahu bila saya susah hanya Allah saja yang mampu tolong.

“Tetapi Allah tolong tengok dengan usaha kita. cari lah kerja kalau kamu lelaki ada tangan ada kaki. Mak saya pernah buat dua tiga kerja masa saya kecil.

“Cuci pinggan, cuci baju, tea lady, kerja taska, buat nasi lemak jual. Saya rasa tu pasal dalam 1 masa saya juga buat macam macam kerja .

“Ada tu minta bantuan tapi gambar satu saja. Mana kejujuran kamu. Cuma stop lah dm saya,” katanya lagi.

Rasa kesal tersebut diluahkan oleh Azza menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Azza turut menjelaskan dia juga bergantung harap terhadap wang hasil daripada sesi pengambarannya ketika ini untuk menyara keluarga.

“Saya juga berhempas pulas. Tolong faham saya, saya tidak ada gaji bulanan. Saya tidak meniaga di Singapore sudah 4 bulan.

“Mujur saya ada shooting. Duit shooting ni lah saya tolong mak saya dan family. Nasib kereta bank bagi tangguhan bayar. Adeh.

“Saya jimat kos saya tutup kedai. Saya buat online saja. Saya tiada shooting saya sanggup cod .

“Eh aku cite pasal aku pulak! Tapi tolong faham saya. Jangan lah meminta sampai mendesak desak. Kalau saya dapat pergi SG sedap jugak tapi gate belum bukak.

“Hurmm mudah-mudahan yang meminta faham keadaan saya. Jangan dm saya,” katanya lagi.

Sumber: Instagram Azza Elite

IKLAN