Uncategorized

“Cari Prince Hitam Tak Jumpa Ke?,” -Alahai, Comelnya Redza Rosli ‘Kacau’ Ayda Jebat

Share

Pelakon, Ayda Jebat muat naik video entri terbaru di laman Instagramnya, hari ini.

Dalam video tersebut, kelihatan Ayda berpakaian seperti seorang puteri yang sedang mencari puteranya.

“When you love someone, Oh you need to love yourself first!

“Macam princess tengah cari prince yang hilang kan? Haha

“Yang ini pun penting macam prince jugak, shake shake uolss,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Susulan itu, kelihatan rakan rapat Ayda, Redza Rosli meninggalkan komen terhadap pelakon Rindu Awak 100% itu.

“Cari prince hitam tak jumpa ke? Aduh sian,” komennya.

Dalam pada itu, kelihatan ramai yang turut memuji Ayda dalam video tersebut.

Sebelum ini, Ayda dan Redza mula rapat seetelah berlakon bersama dalam drama Ku Kirim Cinta namun kedua-dua mereka selesa mengatakan hanya berkawan baik.

Foto/Instagram: Instagram Ayda Jebat

IKLAN