“Cara Layan Orang Lain Boleh Menunjukkan Perangai Sebenar Anda,” – Ruhainies

Share

Pelakon, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas atau mesra disapa Ruhainies ada berkongsi kata nasihat bersama pengikut di laman media sosial Instagram.

Menerusi entri berkenaan, pelakon berusia 28 tahun ini menyarankan agar orang ramai untuk mengamalkan sikap saling menghormati antara satu sama lain.

Dalam pada itu, adik kepada pelakon Nur Risteena ini memberitahu amalan adalah sangat penting untuk menjalinkan hubungan yang ikhlas bersama orang lain.

“Tidak kisah sekiranya anda belajar tinggi-tinggi, berbakat, kaya atau betapa ‘cool’ nya anda, cara anda layan orang lain boleh menunjukkan perangai sebenar anda. Keikhlasan adalah segala-galanya,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa setuju terhadap perkongsian Ruhainies tersebut.

Sekadar informasi, Ruhainies semakin dikenali ramai selepas membintangi drama bersiri Hello, Mr.Perfect! gandingan bersama pelakon Fattah Amin, sekitar tahun 2015.

Foto: Instagram Ruhainies

IKLAN