Capai 1 Juta Tontonan & Trending Di Tik Tok Dalam Masa 24 Jam, Lagu Dangdut Upin Ipin Bikin Gempak!

Share

Semalam, syarikat penerbitan dan studio animasi, Les’ Copaque telah melancarkan lagu terbaru untuk siri popularnya, Upin Ipin berjudul Goyang Upin Ipin.

Difahamkan lagu berentak dangdut itu dibuat untuk menembusi pasaran di Indonesia.

“Tayangan perdana video muzik “Goyang Upin & Ipin” di Les’ Copaque YouTube Channel hari ini jam 5PM (Malaysia) dan 16:00 WIB (Indonesia),” tulis pengendali akaun Twitter Les’ Copaque.

Menerusi video tersebut, kesemua karakter siri Upin Ipin turut dilihat sama menari dan ‘bergoyang’ sepanjang lagu tersebut dimainkan

Dalam pada itu, lagu tersebut telah pun meraih satu juta tontonan di laman Youtube kurang 24 jam ia dimuat naik.

Terima kasih 1 Juta view di YouTube #GoyangUpinIpin,” kongsi pengendali itu lagi.

Malah, lagu tersebut turut dikatakan trending di aplikasi Tik Tok.

Sumber; Youtube & Twitter Les’ Copaque

IKLAN