Semalam, syarikat penerbitan dan studio animasi, Les’ Copaque telah melancarkan lagu terbaru untuk siri popularnya, Upin Ipin berjudul Goyang Upin Ipin.
Difahamkan lagu berentak dangdut itu dibuat untuk menembusi pasaran di Indonesia.
Tayangan perdana video muzik "Goyang Upin & Ipin" di Les' Copaque YouTube Channel hari ini jam 5PM (Malaysia) dan 16:00 WIB (Indonesia) . Jom #GoyangUpinIpinpic.twitter.com/6atYB4kcjB
“Tayangan perdana video muzik “Goyang Upin & Ipin” di Les’ Copaque YouTube Channel hari ini jam 5PM (Malaysia) dan 16:00 WIB (Indonesia),” tulis pengendali akaun Twitter Les’ Copaque.
Ads
Menerusi video tersebut, kesemua karakter siri Upin Ipin turut dilihat sama menari dan ‘bergoyang’ sepanjang lagu tersebut dimainkan
Dalam pada itu, lagu tersebut telah pun meraih satu juta tontonan di laman Youtube kurang 24 jam ia dimuat naik.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan komen pelbagai terhadap muzik video lagu tersebut.
Ada diantara mereka yang meninggalkan komen positif begitu jugalah sebaliknya.
Terdahulu, siri Upin Ipin mula ditayangkan pada 2009 dengan tujuan mendidik anak-anak untuk menghayati bulan Ramadhan.
Sejak daripada itu, siri tersebut telah pun berkembang dengan menghasilkan tiga buah lagi filem iaitu Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal, Upin Ipin Jeng Jeng Jeng! dan Geng: Pengembaraan Bermula.
Sumber; Youtube & Twitter Les’ Copaque
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Gagal dalam percintaan atau rumah tangga bukan satu perkara yang mudah untuk ditempuhi dan itulah yang dilalui bintang serba boleh, Zulin Aziz.
Menerusi entri terkini Zulin di Instagram, penyanyi berusia 30 tahun ini ada berkongsi cerita tentang di balik lagu ciptaanya yang berjudul Jadikan Aku Yang Halal.
Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, lagu tersebut dicipta berkisahkan tentang dirinya yang telah pun berdepan situasi putus cinta, tak lama dulu.
“Jadikan Aku Yang Halal 2018 saya cipta lagu Dan ketika itu sebuah lagu yg menceritakan kisah hitam saya.
“2019 saya cipta lagu Jadikan aku yang halal ini sebagai lagu doa buat mereka yg nak menghalalkan hubungan.
“Semua lagu2 yg saya cipta saya kongsikan apa yg jadi dalam hidup. Lagu2 saya cipta Banyak digunakan sbg ost drama. InshaAllah lepasni lagu sambungan.
“Saya orgnya happy go lucky tp buat lagu sedih2. Entah kenapa. Mungkin ini jiwa saya,” tulisnya.
Penyanyi Ameer Sofazr berkongsi berita gembira apabila memaklumkan isterinya bakal anak sulung mereka, tidak lama lagi.
Menzahirkan rasa syukur, Ameer atau nama sebenarnya, Amir Mahiyiddin, 37, turut menyifatkan khabar tersebut sebagai satu perkhabaran bermakna apatah lagi keduanya menanti kehadiran permata hati kira-kira lima tahun.
“Alhamdulillah syukur. Rezki, nikmat & hikmah yg diberikan olehNYA sgt besar & bermakna.
“Penantian selama 5 tahun akhirnya dikurniakan rezki yg sgt bermakna. Tq pd smua family, sahabat @sofazrband & @ameer_rangers yg mendoakan untuk kami selama ni,” tulisnya.
Ameer turut mendoakan semuanya dipermudah, selain mengharapkan agar anak yang bakal nanti membesar sebagai anak yang baik.
“Smoga anak yg bakal lahir membesar dgn sht & jd anak yg soleh & solehah. Dan smoga isteriku @aurora_aulia93 dipermudahkan & dipelihara sepanjang 9 bulan 10 hari. In shaa Allah,” titipnya.
Terdahulu, Ameer mendirikan rumah tangga dengan Saidatul Nazriah Abdul Latif pada January 2015.
Foto: Instagram Ameer Sofazr
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer Ajai tampil memohon maaf secara terbuka kepada bintang Big Stage 2020, Hafiz Zainal.
Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas secara profesional naik ke atas pentas dari kerusi juri secara langsung pada permulaan konsert minggu kedua program realiti berkenaan.
“Sebenarnya Hafiz, saya bukan nak datang di sini untuk hentam semua orang, tetapi just think positive. Kamu mempunyai masa yang singkat tujuh atau lapan minggu sahaja.
“Saya tak mahu berikan kamu dan peserta lain ruang serta rasa selesa. Saya akui saya tersalah perkataan, mungkin itu adalah cara, prinsip saya bila menjurikan sesuatu.
“Sebab saya begitu peka dengan bunyi dan saya begitu teliti dengan setiap nota muzik.
“Akan tetapi, tidak semestinya awak tidak bagus. Di sini saya ingin memohon ampun dan maaf jikalau saya ada terkasar bahasa.
“Tetapi percayalah, tujuan saya untuk melihat budak-budak muda seperti ini, apabila dia keluar (selepas Big Stage 2020) mereka akan menjadi ‘evergreen’,” katanya secara langsung.
Pada masa sama, Ajai antara lain turut memasang harap agar semua peserta Big Stage musim ini berjaya apabila keluar daripada program itu nanti.
“Bermaksud, mereka akan kekal dalam industri sama seperti artis lama yang masih kekal hingga sekarang kerana besar pada kualiti dan bakat mereka.
“Biar saya dicaci, dihina, dihentam. Sebagaimana yang saya cakap, jauhari mengenal manikamnya dan saya tetap berdiri dengan prinsip saya.
“Bila peserta ini keluar, mereka tahu cara menyanyi yang betul dan ‘views’ mereka setanding dengan bakat diaorang,” jelasnya sambil berjabat tangan sambil menyatakan ‘all the best buat Hafiz.
Terdahulu, Ajai yang dilantik sebagai juri tetap Big Stage 2020 bersama Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir memberikan markah terendah kepada Hafiz Zainal pada minggu pertama saingan.
Markah itu dinilai berdasarkan persembahan dan vokal setiap peserta.
Lalu, tindakan Ajai mendapat reaksi pelbagai netizen hingga mencetuskan sensasi di media sosial, yang sekali gus dikatakan sebagai sejarah markah terendah dari juri dalam mana-mana pertandingan realiti di negara ini.
Sementara itu, 12 peserta yang melunaskan cabaran dengan membawa tema ‘Hype Beat’ menyaksikan Amir Hasan, Fadh Majid dan Hanie Soraya telah diumumkan sebagai tiga peserta dengan markah terendah.
Konsert malam tadi juga menyaksikan Hanie Soraya tersingkir kerana memperoleh markah terendah dari pihak juri dan undian online.
Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124), program tersebut dikendalikan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad.
Penyanyi dan anggota kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat, menyifatkan kehadiran cahaya matanya, Khalisa Insyirah, sebagai anugerah yang membawa sinar kebahagiaan dalam kehidupannya bersama isteri.