Pelakon, Atikah Suhaime telah selamat melangsungkan majlis pertunangannya bersama jejaka pilihan hatinya yang juga ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh.
Memetik laporan Kosmo, Atikah memaklumkan majlis pertunangan tersebut sebenarnya telah berlangsung pada Disember lalu namun, baru hari ini dia berkongsi khabar gembira itu di laman Instagram.
“Alhamdulillah saya sudah bertunang Disember tahun lalu, cuma baru kongsi hari ini,” katanya seperti yang dipetik.
Malah, pelakon asal Singapura ini turut memberitahu, dia dan Lokman bakal melangsungkan majlis pernikahan pada 21 Januari ini.
Katanya lagi, dia teruja untuk menantikan detik bersejarah di dalam hidupnya itu yang bakal berlangsung kurang dua minggu sahaja lagi.
“Perasaan saya bercampur-baur ketika ini. Ditambah pula saya orang Singapura dan berkahwin dengan orang Malaysia, rasa itu sukar untuk diterjemahkan.
“Saya pula seorang yang rapat dengan keluarga di Singapura, jadi memang rasa sebak sebab selepas ini prioriti adalah suami. Insya-Allah saya akan cuba membiasakan diri,” katanya lagi.
Pada masa sama, Atikah turut memaklumkan majlis pernikahannya bakal dilangsungkan di Kuala Lumpur atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
“Majlis perkahwinan memang sudah dirancang di Kuala Lumpur dan menghimpunkan kedua-dua belah keluarga.
“Kami memilih Kuala Lumpur juga kerana keadaan kesihatan nenek Lokman yang kurang sihat.
“Insya-Allah esok saya akan adakan kenduri marhaban pengantin di kediaman di Singapura,” kongsinya lagi.
Terdahulu, menerusi sebuah hantaran video pada pagi Jumaat, Atikah telah berkongsi video ketika majlis pertunangannya sedang berlansung.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga segala urusan Atikah menuju hari bahagianya dipermudahkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Kosmo Online & Instagram Atikah Suhaimie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, video nyanyian penyanyi, Aisyah Aziz tular diseluruh platform media sosial.
Rata-rata netizen terpegun saat memperdengarkan nyanyian Aisyah yang sangat lunak dan bersahaja sewaktu mendendangkan lagu Kali Terkahir Ku Lihat Wajahmu nyanyian asal penyanyi lagenda, Uji Rashid.
Malah, ada juga netizen yang meluahkan rasa kecewa kerana penyanyi berbakat seperti Aisyah kurang mendapat perhatian meskipun sudah lama berkecimpung di dalam dunia seni.
Dalam pada itu, seorang individu tampil memberikan pandangan dengan mengatakan segelintir netizen masa kini lebih gemar mengangkat penyanyi yang memiliki rupa paras cantik berbanding bakat.
Malah, individu tersebut juga secara terbuka memetik nama selebriti terkenal, Ayda Jebat sebagai contoh penyanyi yang dimaksudkannya itu.
“Sebab Malaysia suka naikkan bimbo tiada bakat tapi typical standard cantik (putih cerah) contohnya Ayda Jebat,” tulisnya menerusi satu hantaran di aplikasi X.
Hantaran tersebut kemudiannya sampai ke pengetahuan Ayda.
Tidak melatah, isteri kepada pengacara Nabil Mahir ini menasihati individu terbabit supaya menjaga percakapan dan tidak mempertikaikan rezeki yang telah diatur oleh Allah SWT.
“Bimbo? Tak baik cakap orang macam itu. Jaga diri dan keluarga. Esok lusa tak tahu apa jadi. Allah sudah tentukan rezeki masing-masing,” balas Ayda.
Terdahulu, Ayda kini difahamkan masih lagi dalam tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata kedua pada 12 Disember lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & X Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fathia Latiff terus mencuri perhatian apabila dia memuat naik dua hantaran berkaitan aktor, Aiman Hakim Ridza di Instagram miliiknya.
Menerusi foto pertama ialah dipercayai gambar lama yang dirakam berdua bersama Aiman dengan kapsyen;
“I know you still love me.”
Manakala hantaran kedua pula ialah, keratan akhbar luahan hati Aiman selepas putus cinta dengannya sebelun ini.
“Maaf ya bik!,” tertera kapsyen yang ditulis.
Bagaimanapun, kedua-dua hantaran berkenaan ditutup ruangan komen daripada interaksi dengan para pengikutnya.
Terdahulu, Fathia hangat diperkatakan netizen selepas didakwa mengkritik rupa paras Zahirah MacWilson seperti bibik.
Fathia juga menegaskan dia lebih cantik dan bagus berbanding Zahirah kerana pernah memenangi Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular pada tahun 2016.
Selepas Zahirah, Fathia berbalas respon berbaur sinis bersama bekas kawan baiknya iaitu Zarina Anjoulie pula.
Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berusia dua tahun.
Pasangan ini juga bakal menimang cahaya mata kedua selepas memaklumkan berita gembira di Instagram, pertengahan Disember lalu.
Aiman dan Fathia sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun, namun mereka berpisah pada 2015.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...