‘Cakap Guna Akal Bukan Kepala Lutut Abah Kau!’ – Izreen Azminda

Pastinya semua sudah sedia maklum dengan satu teater yang bertajuk ‘Kontena 404 yang giat melakukan promosi untuk persembahan yang bermula pada Jumaat lalu.

Namun begitu beberapa hari sebelum bermulanya persembahan teater tersebut, salah seorang pelakon telah mengundurkan diri dari teater berkenaan.

Pelakon yang dimaksudkan adalah, Izreen Azminda yang telah mengumumkan di akaun Instagramnya bahawa dia menarik diri dan tidak mahu terlibat dengan teater di bawah arahan Raja Azrey itu.

IKLAN

“Untuk makluman semua..bagi yg bertanya.. saya tegaskan disini..saya tidak akan terlibat dgn teater seperti yg tertera didalam ‘Poster’ tersebut…atas sebab sebab tertentu yg munasabah termasuk etika dan masalah komunikasi yg ditunjukkan oleh pekerja pekerja di bawah naungan syarikat terbabit!

 

“Sepatutnya ‘mereka mereka’ ini perlu tahu cara dan etika yg betul ketika berurusan sama ada dgn client ataupun artis yg bekerja dibwh syarikat itu dan bukannya bercakap macam kawan2 zaman sekolah rendah kau!! Perlu tahu adab dan sopan!!

 

“Dan perlu diingatkan.. cakap biar jelas dan tepat bukan berbelit belit mcm sembelit! Semua orang bekerja utk dapatkan duit dan bukannya amal jariah melainkan kalo duit dah berkepok dlm bank..kena bela dgn Tan Sri mana2.. bolehlah tutup mata! Lain kali sblm bercakap guna akal bukan kepala lutut abah kau! Fullstop! ⛔?❌

 

“(CAPTION DIATAS INI HANYA DITUJUKAN KHAS BUAT STAFF TERBABIT SHJ DAN TIDAK ADA KENA MENGENA DGN KESEMUA PELAKON ATAUPUN PENGARAH UTK TEATER INI KERANA MEREKA SEMUA SUDAH MELAKUKAN YG TERBAIK DAN BEST OF LUCK UTK KORANG SEMUA?),” tulis penjelasan penarikan dirinya panjang lebar.

Rata-rata peminat Izreen pula dilihat bersetuju dengan tindakan pelakon ini.

amyrafaei: setuju 100%, semoga terus sukses dan dimurahkan rezeki @izreen.azminda

aisymika94: Baguslahhh..xminat langsung nk tgokk sejak kes dato belonn

_shahruln: Setuju… kaki pembelit, kaki penipu, kaki bajet, kaki temberang.. good job @izreen.azminda ??????

_aisa88: Good. Setuju.. banyak lagi yang terbaik. ???

IKLAN

haizaron_barin: Itu dia, tahniah atas ketegasan yg dimiliki..

Diharapkan segala permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak.

Sumber: Instagram Izreen Azminda