“Cabaran Banyak…Kadang Dia Gembira, Kemudian Sedih Dan Meroyan,” – Intan Najuwa Komen Watak Siratul, Bertuah Digandingkan Dengan Redza Rosli

Share

Pelakon Intan Najuwa mengakui banyak cabaran yang perlu dilalui sepanjang mendukung watak sebagai Siratul menerusi drama terbaru lakonannya, Tak Sempurna Mencintaimu yang kini rancak bersiaran menerusi slot Akasia TV3.

Menurut Intan, dia sebolehnya untuk cuba memberikan yang terbaik menerusi watak Siratul yang dibawa, sementelah drama tersebut merupakan naskhah yang diadaptasi daripada novel yang mempunyai ramai pengikutnya.

“Karektornya sedikit berbeza dengan apa yang diceritakan mengenai novel. Siratul digambar sebagai wanita yang lemah-lembut, bagaimanapun apabila ia mahu divisualkan, saya cuba tukarkannya menjadi seorang lebih lebih tegas dan banyak cakap sikit.

“Cabaran banyak sebenarnya, terkadang Siratul rasa gembira, kemudian sedih dan meroyan. Drama ini mempunyai 28 episod, jadi untuk imbangkan watak tersebut, macam-macam yang berlaku. Misalnya ketika dia masih belum dan sesudah berkahwin,” katanya.

Pada masa sama, Intan juga tidak menafikan penggambaran drama berkenaan menjadi lebih mudah kerana timbulnya keserasian di antara dia bersama hero, Redza Rosli.

Jelasnya, mereka berdua kerap berbincang bagi menghidupkan babak bersama.

“Sejujurnya saya sangat suka bekerjasama dengan Redza kerana dia seorang pelakon yang sangat ‘memberi’. Malah setiap babak bersama kami akan berbincang terlebih dulu dan ia memudahkan.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya pun boleh ‘get along’ dan chemistry kita berdua sangat kuat di dalam drama ini. Tak dapat dinafikanlah, memang sangat senang bekerja dengannya.

“Mustaqim lakonan Redza memberi energi kepada karektor Siratul dan ia sekali gus membuatkan ia seimbang dengan baik.

“Saya berharap agar drama ini dapat diterima dengan baik, sama-sama naikkan ratingnya nanti. Ini kali pertama saya bergandingan dengan Redza di samping beberapa pelakon senior lainnya,” katanya lagi.

Foto: Instagram Intan Najuwa

IKLAN