Sambutan ulang tahun kelahiran ke-48 usahawan tudung, Bawal Exclusive Puan Hajjah Haliza Maysuri diraikan dalam suasana penuh elegan apabila menyarung adi busana yang direka khas sempena tema ‘Malam Gala Jazz’, malam tadi.

Persalinan mewah itu mengambil inspirasi daripada konsep fine tailoring dengan potongan dress yang diinspirasikan daripada rekaan ‘bespoke men suit’ lalu diolah semula menggunakan siluet klasik era Dior 1920-an.

Direka dengan penuh eksklusif, busana ini mendapat sentuhan istimewa daripada pelapis pereka rumah fesyen RI Couture, iaitu Faizuluziaf, yang kini meneruskan legasi jenama tersohor tersebut.

Palet warna pula menampilkan gabungan rona mewah ‘charcoal grey’ bersama sentuhan hitam, diperkemaskan dengan fabrik sutera wool, renda Perancis dan taburan batuan kristal Swarovski yang eksklusif.

Ads

Busana Mewah RM151,000, Gaya ‘Jazz Glam’ Jutawan Tudung Haliza Maysuri ‘Pancing’ Mata Semua! Busana Mewah RM151,000, Gaya ‘Jazz Glam’ Jutawan Tudung Haliza Maysuri ‘Pancing’ Mata Semua! Busana Mewah RM151,000, Gaya ‘Jazz Glam’ Jutawan Tudung Haliza Maysuri ‘Pancing’ Mata Semua! Busana Mewah RM151,000, Gaya ‘Jazz Glam’ Jutawan Tudung Haliza Maysuri ‘Pancing’ Mata Semua!

Lengkap Dengan 60,000 Batuan Swarovski!

Dalam pada itu, proses menyiapkan adi busana ini mengambil masa dua bulan melibatkan fasa perancangan, perbincangan, pemilihan fabrik dan batuan Swarovski yang diimport khas dari Austria.

Fabrik yang digunakan turut dibawa khas dari Eropah, antaranya termasuk wool mewah, ‘French lace couture’, ‘satin silk’ dan ‘shantung silk’.

Ads

Teknik-teknik ‘couture’ yang digunakan dalam proses penyiaapkan busana ini seperti ‘draping’, ‘paneling’, serta perincian manik mewah turut diterapkan, menjadikan busana ini benar-benar unik dan bernilai tinggi.

Apa yang menjadikan adi busana ini lebih eksklusif adalah penggunaan 60,000 batu kristal Swarovski pelbagai bentuk dan saiz, melibatkan 8 jenis berbeza, dijahit sepenuhnya secara manual.

Ads

Menariknya juga, batu kristal yang sama juga akan digunakan pada tudung terbaharu dari Bawal Exclusive yang bakal dilancarkan pada malam ulang tahun kelahiran pengasas jenama itu sendiri.

Secara keseluruhan, nilai busana tersebut sahaja dianggarkan lebih daripada RM71,100, manakala nilai batuan Swarovski pula berjumlah RM80,000, menjadikan jumlah keseluruhan adi busana ini mencecah angka RM151,100.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI