Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66 tahun.
Allahyarham Bung Moktar menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat, 5 Disember 2025, jam 1.46 pagi ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu selepas kesihatannya merosot.
Berita kematiannya itu itu disahkan oleh anaknya, Naim Moktar, menerusi satu kenyataan ringkas yang dimuat naik di media sosial.
“Assalamualaikum. Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Moktar bin Radin, telah menghembuskan nafas terakhir pada 05 Disember 2026, jam 1.46 pagi (14 Jamadilakhir 1447H).
Ads
“Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah,” katanya.
Ads
Allahyarham sebelum ini merupakan antara figura politik paling menonjol dari Sabah, pernah menyandang jawatan Ahli Parlimen Kinabatangan selama enam penggal selain terlibat dalam pelbagai peranan penting dalam UMNO negeri.
Sumbangan beliau dalam arena politik tanah air, khususnya di kawasan pedalaman Sabah, menjadikan beliau antara tokoh yang dihormati oleh masyarakat setempat.
Ads
Sekadar info, enam hari sebelum kematiannya, Allahyarham berjaya mempertahankan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihan Raya Negeri Sabah 2025.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Sabah selepas urusan diselesaikan.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah terkenal, Shuhaimi Lua tampil menjawab isu panas yang mendakwa kononnya filem seram sulung terbitannya yang berjudul Manrobbuka, mempunyai adegan ranjang yang jelas.
Menurut Shuhaimi yang juga pemilik Tanah Beris Film Production, babak lakonan Haidar dan Wanie Ooi itu tidak pernah dirakam secara eksplisit atau jelas, sebaliknya hanya menggunakan teknik kamera untuk menyampaikan mood dramatik.
“Saya terkejut juga apabila ramai yang bertanyakan hal ini. Mungkin ada pelakon atau krew yang sudah berkongsi tentang babak-babak yang ada dalam filem ini.
“Saya masih tahu batas agama dan sensitiviti masyarakat. Saya bukanlah jahil sangat. Tak mungkinlah saya nak tunjuk adegan seks. Itu cuma angle kamera, bukan apa yang orang sangka.
“Saya tahu dah ada yang mula bercakap tentang hal ini, namun seperti apa yang saya jelaskan, ia hanya teknik kamera. Tak lebih daripada itu.
“Ada sebab kenapa diwujudkan babak sebegitu (guna teknik kamera) dalam filem seram ini. Kenalah tonton apabila ditayangkan di pawagam tahun depan,” katanya.
Shuhaimi turut menegaskan, kesemua adegan dalam Manrobbuka akan dinilai oleh LPF (Lembaga Penapisan Filem) agar mematuhi garis panduan ketat penapisan.
Dalam masa sama, Shuhaimi turut mendedahkan satu perkara yang jarang diakui penggiat seni, iaitu keberaniannya mempertaruhkan pelakon baharu untuk filem ini.
“Pelakon popular tak semestinya menjamin pulangan atau menjadi faktor utama orang datang ke pawagam. Sebelum ini kita lihat, ada filem yang meletakkan barisan pelakon hebat namun tiket kurang laku.
“Penonton sekarang lebih matang dan bijak. Mereka tengok jalan cerita, tengok lakonan, bukan populariti.
“Jujurnya, kekuatan filem hari ini bergantung pada penceritaan, kesesuaian watak dan lakonan jujur, bukannya jumlah pengikut media sosial.
“Selain itu, sebagai pengarah yang sudah lebih 20 tahun dalam industri, saya rasa bertanggungjawab untuk memberi peluang kepada pelakon baharu yang mempunyai pakej lengkap dan boleh pergi jauh.
“Kalau bukan kita yang bagi peluang, siapa lagi? Industri kita perlukan pelapis dalam masa yang sama tidak mengetepikan pelakon-pelakon sedia ada.
“Dalam masa yang sama, pelakon baharu yang diberikan peluang ini haruslah serius dan mengambil cabaran ini untuk buktikan bakat yang ada,” katanya lagi.
Tanpa bergantung kepada pelabur besar, Shuhaimi turut mendedahkan Manrobbuka dibiayai menggunakan RM500,000 duit poketnya sendiri semata-mata untuk menghasilkan filem mengikut visi peribadinya.
“Saya keluarkan kos sendiri. Saya nak filem ini lahir dengan apa yang saya bayangkan. Ini naskhah jiwa saya.
“Tak dinafikan ia mengambil risiko kerana duit sendiri, namun saya harus berani,” tambahnya.
Manrobbuka merupakan filem pertama terbitan Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd. dan menjadi filem arahan kedua Shuhaimi selepas Pontianak 200kg.
Antara barisan pelakon filem ini ialah Wanie Ooi, Khaled Asharief, Haidar Hasanudin, Noralbaniah, Kazar Saisi, Raja Azmi, Adam Furqon, Ariff Idrus, Ferth Jasni dan ramai lagi.
Nora dan Adam bercerai selepas lapan tahun bersama. Nora mendapat hak penjagaan Aqash, manakala Adam terus merindui keluarganya.
Kehadiran Johan yanng merupakan seorang duda kaya, kemas dan sempurna di mata masyarakat, mengubah hidup Nora.
Mereka berkahwin demi masa depan Aqash. Namun rumah bahagia itu bertukar misteri apabila Nora perlu menjaga ibu Johan, Bainun, yang uzur dan hanya makan daging mentah.
Aqash mula diganggu dan pelbagai keanehan tercetus. Kemudian Johan maut dalam kemalangan, meninggalkan segala harta dan amanah untuk menjaga Bainun kepada Nora.
Kehadiran Adam juga kembali mencetuskan konflik lama. Namun cerita Aqash tentang gangguan Bainun memaksa Adam tinggal di rumah itu demi melindungi anaknya.
Mat dan Salmah, pasangan penjual daging, mula membuka kisah lama Suraya iaitu isteri pertama Johan, yang hilang sebelum dikatakan meninggal dunia.
Siapa sebenarnya Bainun? Apa rahsia gelap yang menghantui keluarga ini dan apa kaitannya dengan Suraya yang hilang secara misteri?
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pengacara, Roslan Shah tampil menyangkal dakwaan kononnya dia sengaja mahu menggunakan pempengaruh yang juga orang kelainan upaya (OKU) dikenali sebagai Mass Factorz ketika menjadi tetamu undangan program YouTube, Night Walk.
Menurut Roslan, dia dan pihak produser pada awalnya tidak bercadang memilih Mass Factorz sebagai tetamu kerana bimbang akan timbul isu sensitif dan kecaman.
Bagaimanapun, Mass Factorz difahamkan terbuka untuk mengikuti sesi tersebut selain atas permintaannya sendiri.
“Pada awalnya, kami tak boleh nak menerima keadaan Mass Factorz yang kurang berkemampuan untuk sertai program Night Walk.
“Selain seorang wanita, dia juga merupakan OKU. Kami bimbang akan menerima kecaman. Lagipun, dia hanya boleh bergerak menggunakan kerusi roda.
“Bagaimanapun, dia sendiri yang menawarkan diri dan nak sangat sertai program kami ini. Jadi, produser saya pun bersetuju. Walaupun ada yang memuji dan mengecam, pada saya ini rezekinya.
“Dia menerima bayaran sebanyak 2,000 Dollar Singapura Dollar kerana berjaya menamatkan cabaran selama satu jam di tapak perkuburan,” katanya kepada MH.
Roslan berkata demikian ketika ditemui di program Anugerah Paling Viral Online, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Roslan menjelaskan terdapat pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum dia dan produser akhirnya bersetuju menampilkan Mass Factorz dalam program tersebut.
“Kami sebenarnya berfikir panjang sebelum nak menerima Mass Factorz sertai program ini. Sebolehnya kami tidak mahu menjemput tetamu wanita lagi.
“Sebelum ini, kami mendapat teguran daripada golongan agamawan ketika menjemput Datuk Seri Vida. Bila berlakunya insiden terpegang, ia menimbulkan isu yang sensitif.
“Namun, atas desakan Mass Factorz, produser kami bersetuju. Lagipun, dia memang mahu menolong Mass Factorz dan keluarganya.
“Malah, kita juga tak boleh nak pandang berbeza kepada OKU. Mereka juga manusia. Jadi, kami bersetuju buat cabaran ini tapi tanpa perlu bersentuhan,” kongsinya lagi.
Dalam masa sama, Roslan turut mengakui tidak menyangka program Night Walk menerima sambutan luar biasa dalam tempoh yang singkat.
“Saya pun tak menjangkakan program Night Walk ini bakal mendapat sambutan luar biasa. Segalanya berlaku secara spontan. Kami bukan memuja atau mencari hatu.
“Kami buat program ini hanya untuk hiburan sahaja. Kami bermula di Tik Tok dan di kini di YouTube pula. Dalam masa tiga bulan, saluran YouTube MBK Film Studio sudah berjaya memperoleh lebih 100,000 pengikut.
“Antara video yang berjaya mencetuskan fenomena adalah ketika kami menjemput artis seperti Sajat dan Fattah Amin.
“Saya juga terkena tempiasnya. Dahulu orang lihat saya biasa sahaja. Ketika ini, daripada kanak-kanak sehingga orang tua, mereka teruja dan menjerit bila nampak saya,” akhirinya.
Setakat ini, video Night Walk bersama Mass Factorz telah pun meraih lebih 150,000 tontonan di YouTube.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer, Damian Mikhail menyeru rakan-rakan komposer lain untuk meletakkan harga sewajarnya bagi setiap karya yang dihasilkan.
Menurutnya, sudah sampai masa pemain industri bersatu agar bidang penciptaan lagu tidak lagi dipandang enteng.
“Mulai 2026, warga produser-produser muzik industri harus set kos pembikinan lagu single yang minima adalah RM10,000 ke atas.
“Sama-samalah sepakat set harga. Jangan jadi pengemis industri lagi. Naikkanlah martabat produser lagu,” tulisnya.
Saranan itu dikongsikan sendiri oleh bekas anggota kumpulan VE berkenaan menerusi hantaran di aplikasi Thread.
Damian turut mempersoalkan tindakan segelintir komposer yang didakwa sanggup menurunkan harga tanpa mempertimbangkan kesannya terhadap perkembangan industri muzik tanah air.
“Kalau ada yang main harga, terpulanglah dekat depa. Itu jenis-jenis memang sampah industri.
“Murahan sampai bila-bila. Lama-lama nanti depa akan tau juga kesan buang harga ni,” kongsinya lagi.
Dalam masa sama, Damian menegaskan, menaikkan harga karya bukan satu tindakan melampau, sebaliknya ia menunjukkan penghargaan terhadap usaha dan idea para komposer.
“Tiada salah pun letak harga tinggi pada nilai kita. Kita kerja keras bertahun-tahun untuk kaya. Bukan untuk cukup-cukup makan. Semoga bermanfaat,” ujarnya lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredir Foto: Instagram & Thread Damian Mikhail
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suasana meriah di Fiesta Mega Raya 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), kelmarin bertukar cemas seketika apabila seorang peminat wanita dilihat tiba-tiba pengsan...