Nampaknya AHLI Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin telah mendedahkan nama anak kembar lelaki hasil perkongsian hidup dengan pelakon Zizi Ezette.

Melalui Harian Metro, Bung Moktar memberitahu anak pertamanya itu diberi nama Adam manakala anak kedua pula Alif.

Menurutnya lagi, buat masa ini mereka hanya pilih nama pertama dahulu dan memberi peluang kepada isterinya untuk meletakkan nama tengah.

IKLAN

“Buat masa sekarang kami pilih nama pertama dahulu. Nanti, ada nama tengah mereka yang akan dipilih oleh Zizie.

 

“Minggu depan kami akan daftarkan dan buatkan MyKid mereka,” katanya kepada wartawan yang dihubungi.

Zizie selamat melahirkan anak kembar lelaki pada 29 Disember lalu seberat 2.74 dan 2.78. Menurut perkongsian Zizi bayi kembar ini telah dilahirkan sehari awal dari jangkaannya.

IKLAN

IKLAN

SUMBER: Harian Metro

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI