Perkahwinan Yunalis Zarai dan Adam Sinclair masih lagi menjadi perbualan hangat netizen apatah lagi majlis resepsi mereka akan diadakan hari ini.

MH pasti tentu ramai tertanya-tanya apa perancangan pasangan tersebut selepas mendirikan rumah tangga apatah lagi Yuna kini bermastautin di Los Angeles.

Kata Yuna, setakat ini dia dan suaminya masih belum mempunyai perancangan tetap dan ingin ‘try and error’ dahulu keadaan sekiranya dia atau Adam harus berulang alik dari Kuala Lumpur dan L.A.

IKLAN

“Kalau ikutkan memanglah saya nak ada suami sentiasa di sisi, tapi dia kan ada kerja di sini dan saya pula ada kerja di sana. Tidak kurang juga keluarga saya semuanya di Malaysia.

“Jadi, buat masa sekarang , saya akan buat seperti sebelum berkahwin dimana akan pulang ke Malaysia jika ada masa lapang atau mungkin Adam akan ke sana,” kata Yuna

“Lagipun dengan kemajuan teknologi masa kini, banyak benda yang membolehkan kita berhubung dengan mudah iaitu melalui Whatsapp Call dan Skype,” tambah Adam pula.

Dalam pada itu, pasangan ini juga turut diajukan mengenai destinasi bulan madu mereka dan juga anak.

Bulan Madu, Anak, Yuna Dan Adam nak ‘Just Go With The Flow’

IKLAN

“Bulan madu? wow, setakat ini tak fikir lagi sebab nak ‘settle’ kan satu-satu. esok (hari ini) ada resepsi pula…jadi banyak benda nak fikir.

“Berkaitan anak, pun sama juga. Yuna dan Adam ‘just go with the flow’. Jujurlah, siapa yang tak nak anak kan tapi buat masa ini kita dua nak fokus pada karier dan benda lain dahulu, tapi kalau dah rezeki, Alhamdulillah,” katanya lagi.

Jumaat lalu, Adam dan Yuna selamat diijabkabulkan dalam satu majls tertutup di Puncak Rimba, Bentong, Pahang dengan sekali lafaz.

IKLAN

Sementara itu, Yuna turut mendedahkan bahawa dia pernah mencipta lagu khas buat Adam bertajuk ‘Best Love’. Bersemut sangat MH dengar.

“Saya cipta lagu tu memang khas untuk Adam, mengenai kisah cinta kami…dai awal perkenalan, berkawan seterusnya ke fasa yang berbeza,” katanya.

MH cuba kah dengar lagu tersebut, penuh bermakna liriknya dan sangat ‘sweet’.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI