Penyanyi dan pelakon Kilafairy menzahirkan rasa teruja dan syukur apabila menjalinkan kerjasama dengan produk kecantikan, UFORA.
Kilafairy, 29, atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan berkata, dia bukanlah seorang yang mudah bekerjasama dengan produk keluaran tempatan terutama produk solekan terutamanya lipmatte ataupun pembayang pipi.
Bagaiamanpun, mencubanya terlebih dahulu untuk melihat keberkesanan dan keserasian sebelum menyatakan persetujuan.
“Bukan soal mereka kata nak bayar saya atau sebaliknya kerana saya tidak boleh bertindak semudah itu untuk berkata ‘ya’. Tapi apabila mencubanya, saya suka.
“Jadi saya nak beritahu peminat dan pengguna di luar sana cuba gunakan lipsmate dari UFORA menerusi kerjasama UFORA X KILAFAIRY memang rasa seperti tidak pakai apa-apa dibibir,” katanya jujur.
Baginya yang selesa disapa Kila ini, tekstur lembut yang ada pada lipmatte terbabit sememangnya jarang didapati dalam mana-mana produk tempatan lain.
“Produk sama jenama antarabangsa lain yang saya pernah guna pun teksturnya tidak seperti lipmatte ini dan harganya pula amat berpatutan, hanya RM35 yang dianggap mampu milik,” katanya.
Ads
Sebelum ini, Kila yang juga merupakan anak kepada penyanyi senior, Rohana Jalil turut tampil dengan jualan produk makanan tambahan sendiri, iaitu KilaFit kira-kira dua tahun lalu.
Produk kesihatan dan pelangsing badan dengan formulasi bahan semula jadi oleh doktor bertauliah dengan cetusan idea Kilafairy mendapat sambutan memberangsangkan daripada pengguna.
Sementara itu, Kila turut prihatin dengan keadaan semasa di mana ramai individu hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19 dan ia telah mencetuskan idea bersama pengasas UFORA, Supia Saupi, 28, untuk memperkenalkan Skim Dropship Tanpa Modal.
Ads
“Kami nak ajak orang-orang diluar sana berniaga tanpa modal. Maksudnya mereka boleh berniaga tanpa perlu keluar duit.
“Tidak kira jantina semuanya boleh turut serta. Sesiapa yang berangan nak berniaga tapi tiada duit atau modal, inilah jalan terbaik untuk merealisasikan impian itu.
“Kami amat menggalakkan penyertaan mereka. Kami memang berhasrat nak membantu. Saya sendiri begitu bersimpati dengan mereka yang hilang kerja atau dipotong gaji,” katanya.
Pelancaran produk dan Skim Dropship Tanpa Modal, UFORA X Kilafairy telah disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live UFORA HQ, malam Sabtu.
Ads
Dalam perkembangan lain, Kila mendedahkan dia akan tampil dengan single terbaru berjudul Ratu yang berkonsepkan pop.
“Namun tajuknya belum pasti dan masih dalam perbincangan. Ia diuruskan oleh pengurusan saya iaitu Paranormal Records.
“Setakat ini saya dah mempunyai tiga single dan selebihnya berkolaborasi dengan penyanyi lain,” katanya.
Diajukan persoalan peribadi tentang jodoh, Kilafairy mengakui sudah mempunyai kekasih hati.
“Hal begini saya serahkan kepada pihak lelaki. Takut nanti saya rancang-rancang tak jadi pula. Yang pasti, bila ia sudah konkrit, insya-Allah saya akan berkongsi dengan semua orang,” katanya.
Kila dan kekasih difahamkan sudah lebih 10 tahun saling mengenali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Betty Rahmat mengakui berasa kurang senang dengan sikap segelintir pihak yang sering kali mempersoal mengenai tahap kelayakan pembantu barunya yang dikenali sebagai Teha.
Menurut Betty, meski pun Teha memiliki kelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, dia tetap memohon untuk berkerja sebagai penjaga kepada anaknya, Ardy Wira sebagai salah satu langkah untuk menjana pendapatan ketika waktu sukar ini.
“Lama nak post pasal ni but takde masa. So today i nak bagitau my followers yang terlalu gigih follow dan dm Teha about this (for so many times)
“First of all, i tak faham tahap “concern” or jealousy u all tu. Kenapa perlu gigih tanya banyak kali tanya benda yang sama? Apa yang tak puas hati sangat Teha kerja dengan saya.
“Ya, Teha belajar tinggi ada Bachelor in Early Child Education. Dia apply kerja dengan saya untuk tolong jaga Wira memandangkan keadaan negara kita sekarang. Banyak taska tutup dan sebagainya. Teha ada ibu-bapa & ramai adik beradik di kampung,” tulisnya.
Berkongsi di laman Instagram, Betty berpendapat memiliki kelulusan yang tinggi bukan bermakna seseorang itu boleh sesuka hati untuk memilih pekerjaan terutamanya di zaman ekonomi yang serba mencabar ini.
“So adakah kalau u ada ijazah tinggi u perlu jaga standard & ego u untuk survive? To be honest, im so proud to see her. Baru 22tahun but sangat independant, pandai buat kerja rumah & work for her family at her young age.
“Takkan nak jadi anak yg ada ijazah tinggi tapi still minta duit dekat mak bapak untuk hidup. Lepastu salahkan keadaan. Berapa ramai orang akan suffer kalau nak fikir standard & level?,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Betty turut mendedahkan dia sekali pun tidak pernah menganggap Teha sebagai pembantu rumahnya tetapi lebih kepada seperti adiknya sendiri.
“She’s not my maid and i tak pernah address her as my maid. We are helping each other. Dah macam adik & asst. Saya sendiri takkan biarkan Teha untuk habiskan hidup dia dengan saya. Sampai waktu dia perlu kejar cita-cita selama ni. Get it?
“So please stop being too concern tanpa memikir perasaan orang lain. Biarlah dia ringankan beban keluarga di kampung dengan rezeki yang halal. Saya percaya Allah pasti permudahkan & bagi balasan yang baik pada Teha atas segala kebaikan dia pada family saya selama ni. Kehadiran Teha dalam family saya pun rezeki buat family saya yang bukan semua orang dapat.
“Sekian bebelan harini. Doakan yang baik-baik untuk orang lain kalau nak hidup happy. Kalau mind your own business lagi bagus.
“P/S: Please jangan tanya i dapat Teha dari agency mana. Tak larat nak jawab dah. Semuanya secara kebetulan & rezeki saya,” jelasnya lagi.
Sumber: Instagram Betty Rahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan pengasas produk, Datin Ira Ghani terharu atas sokongan rakan artis terhadap dirinya meskipun sudah lama tidak kerap muncul dalam bidang seni mahupun perniagaan yang diusahakan.
Malah, Ira juga tidak menyangka apabila mendapat maklum balas positif selepas membuat pemgumuman mengenai penjamaan semula perniagaan kosmetiknya Aura Seri yang kini dikenali sebagai Aura Seri by DIG sempena ulang tahun ke-20 syarikatnya.
“Saya memang tak sangka bila ramai yang sudi rakam video dan berikan ucapan tahniah kepada kami. Alhmadulillah lebih daripada 20 artis yang berikan ucapan kepada kami sempena kemunculan semula 20 tahun Aura Seri by DIG.
“Lebih manis, mereka juga izinkan kami siarkan ucapan itu di media sosial kami sempena kemunculan semula kami secara rasminya pada 15 Februari ini,” katanya.
Tambahnya lagi, Aura Seri by DIG antara syarikat yang menjadi pelopor dalam menjalinkan kerjasama dengan artis dan program hiburan sejak dua dekad lalu.
Lantaran, ia ialah satu penghargaan buatnya apabila masih mendapat sokongan daripada rakan industri seni.
“Saya bersyukur masih ada yang kenang kami. Ramai yang bersama kami dahulu dan banyak aktiviti yang kami lakukan. Pada yang masih sudi menyokong, saya ucapakan setinggi penghargaan.
“Insya-Allah kami tidak lokek untuk berkongsi rezeki dan menjalankan usaha sama dengan mereka,” katanya.
Antara artis berkenaan termasuklah Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Awie, Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Rosyam Nor, Zizan Razak, Shiha Zikir, Ezad Lazim, Liza Abdullah dan David Teo.
Ira yang pernah berlakon dalam siri Gerak Khas berkata, Aura Seri by DIG mengukuhkan jenama dengan siri produk yang lebih berkualiti dengan slogan ‘Titisan Dari Kayangan’.
Beliau berkata, selain produk baharu keputusan untuk merancakkan lagi Aura Seri by DIG ialah membuka peluang perniagaan kepada semua pihak untuk menjana pendapatan dalam suasana pandemik Covid-19 ini.
“Pendekatan perniagaan kami sesuai untuk semua peringkat umur dan meneruskan revolusi perniagaan dalam talian sesuai dengan situasi semasa yang berlaku. Produk kami juga sudah ada pengikut sendiri dan menyediakan bimbingan pada mereka yang mahu menyertainya.
“Saya sendiri kini aktif sebagai pembimbing dan perniagaan termasuk bersama MARA dan sering menjalankan kelas. Saya akan gunakan kemahiran saya untuk pastikan usawahan Aura Seri by DIG berjaya dalam bidang ini,” katanya.
Beliau menambah satu program khas pencarian CEO Muda juga akan dilakukan sempena dengan penjenamaan semula 20 tahun Aura Seri by DIG dan terbuka kepada mereka yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan.
Ira berkata, semua perinciaan mengenai perkara dan produk Aura Seri by DIG akan dimaklumkan kemudian dengan lebih terperinci.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Jue Aziz memaklumkan dirinya baru sahaja terlibat di dalam satu kemalangan, awal hari ini.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Jue menerusi ruangan Instagram stories miliknya.
“Accident. Thanks yang beri bantuan tadi. Maaf jika tak mampu nak kata apa. Menggigil,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon filem, Hantu Bonceng ini turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantunya sewaktu kejadian itu tadi.
Katanya lagi, pada ketika itu, dia tidak mampu untuk berkata apa-apa akibat terlalu terkejut.
Bagaimanapun, tiada penjelasan lanjut yang dibuat Jue berhubung kejadian kemalangan yang berlaku.
Apapun, MH doakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat Jue dan diharapkan dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Sumber: Instagram Jue Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.