Bukan Saja Set Yang Cantik, Gelagat Comel Jennie (Blackpink) Ketika Penggambaran MV Ice Cream Dengan Tikus Besar Capybara Curi Perhatian

Share

Kemesraan ahli kumpulan Kpop Blackpink iaitu Jennie ketika menjalani penggambaran video muzik terbaru mereka, Ice Cream mencuri perhatian pencinta muzik dunia.

Ini kerana selain set yang menarik, menerusi salah satu adegan di dalam muzik video yang kini trending itu, bintang cantik tersebut turut dirakam gembira dan mesra di samping seekor tikus besar jenis capybara.

Malah video di balik tabir pembikinan muzik video berkenaan sudah pun boleh ditonton di YouTube.

Bahkan terdapat posting di laman komuniti popular Korea yang melaporkan kegembiraan penyanyi itu bersama haiwan berkenaan di samping anggota lainnya. 

Terdahulu, Ice Cream yang menampilkan Blackpink dan Selena Gomez telah pun dilancarkan pada pagi Jumaat lalu yang seterusnya mencetuskan sensasi di internet.

Ice Cream merupakan kolaborasi ketiga Blackpink dengan penyanyi antarabangsa.

Sebelum ini, grup terbabit pernah bergandingan dengan Dua Lipa dalam lagu Kiss And Make Up dua tahun lalu dan kemudiannya berpadu suara dengan Lady Gaga menerusi Sour Candy.

IKLAN