“Bukan Perkara Bijak Nak Pergi Angkasa Bila Dah Ada Anak,” – Mila Kunis Paksa Ashton Kutcher Jual Semula Tiket Virgin Galactic

Share

Pelancongan angkasa nampaknya sudah menjadi kenyataan apabila Richard Brandson yang merupakan pemilik Virgin Galactic telah berjaya ke angkasa dan selamat pulang semula ke bumi.

Khabarnya penerbangan yang seterusnya sudah pun habis ditempah dan salah seorang pemilik tiket tersebut ialah suami kepada Mila Kunis, Ashton Kutcher.

Walau bagaimanapun dalam perkongsian bersama Cheddar News, aktor berusia 43 tahun itu berkata, “Bila sudah berkahwin dan mempunyai anak, isteri saya berpendapat bahawa itu bukan keputusan keluarga yang pintar untuk pergi ke angkasa kerana kami masih mempunyai anak kecil.

“Oleh itu, saya akhirnya menjual kembali tiket saya kepada Virgin Galactic. Saya sepatutnya berada dalam penerbangan seterusnya. Walau bagaimanapun suatu hari nanti, saya akan pergi ke angkasa juga.”

Ashton yang berkahwin dengan Mila pada tahun 2015 dikurnia dua orang cahaya mata yang masing-masing berusia tujuh dan lima tahun.

 

Pelancongan angkasa yang diasaskan oleh billionaire Richard Branson itu menerima maklumbalas positif dari ramai pihak terutamanya selebirti A list Hollywood. Khabarnya antara selebriti yang dalam senarai untuk ke angkasa pada penerbangan seterusnya seperti Angelina Jolie, Katy Perry dan Tom Hanks.

 

Sumber gambar: Instagram Ashton Kutcher

IKLAN