“Bukan Niat Menunjuk, Tapi…,” – Anzalna Nasir Hulur Bantuan Keperluan Bayi Buat Sebuah Keluarga, Percaya Rezeki Perlu Dikongsi

Share

Pelakon cantik, Anzalna Nasir ada berkongsi satu rakaman video pendek menerusi Instagram miliknya awal semalam yang nyata mengundang perhatian netizen.

Bintang Dendam Aurora itu dirakam sedang membantu sebuah keluarga dalam meringankan beban dalam hal keperluan anak kecil.

Tiada niat menunjuk, akan tetap apa yang dilakukan diharap dapat dimanfaatkan buat semua semua, seterusnya turut sama membantu golongan memerlukan.

“Setiap rezeki yang kita dapat, ada hak orang lain yang perlu dikongsi. Seronok dan rasa puas bila dapat menolong atau memberi keselesaan pada bayi yang baru lahir atau anak-anak kecil. Mak dia cakap tiada persediaan langsung dibuat untuk si kecil ni.

“@the_angguns @mohamadeidrees pun ada bagi barang-barang diorang juga. Bukan niat untuk menunjuk tapi sekadar berkongsi semoga bermanfaat untuk semua dan mungkin ramai lagi yang ingin menghulurkan bantuan. InsyaAllah akan teruskan usaha ini.

“Sebelum upload video ni dah minta kebenaran dari keluarga ni. Watch full video on my youtube channel,” tulisnya sambil turut disertakan dengan kredit semua yang terlibat dalam sesi berkenaan.

Menerusi rakaman video tersebut, Anzalna yang turut ditemani kakaknya, Diana Nasir dilihat membantu agihkan barang keperluan si kecil terhadap sebuah keluarga yang baru sahaja timang cahaya mata.

Anzalna yang turut mempunyai anak kecil, Eidrees yang dilahirkan 31 Mei lalu mendirikan ruman tangga dengan suaminya Hanif Zaki pada 21 Februari 2016.

Foto: Instagram Anzalna Nasir

IKLAN