“Bukan Nak Makan Sangat Pun, Cuma…” – Dikecam Anggap Wawa Macam Orang Gaji, Ini Jawapan Balas Aeril

Share

Tular apabila Aeril Zafrel dikatakan melayan isterinya, Wawa Zainal sebagai hamba apabila menghidangkan makanan di dalam bilik untuknya, baru-baru ini.

Dalam posting berkenaan, Wawa menyatakan Aeril yang pulang lewat malam dari kerja, mengejutkannya dari tidur dan meminta untuk menyediakan makanan. 

Malah Aeril juga memintanya membawa makanan itu ke bilik.

Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Aeril tampil menjelaskan situasi sebenar.

Ulasnya, itu adalah cara mereka berdua untuk meluangkan masa bercerita kerana masing-masing sibuk mencari rezeki.

Sebenarnya kejut dia tu. bukan nak makan sangat pun. cuma nak bercerita dengan dia apa yg sy buat sepanjang haritu.sebab esok pagi dah keluar cari rezeki lagi.”

Netizen turut menyokong perbuatan pelakon ini dan menyatakan orang luar sepatutnya tidak masuk campur hal rumahtangga orang lain.

Foto – Twitter Aeril Zafrel

IKLAN