Sekarang ini isu penjagaan anak sering diperkatakan terutama sekali mengenai anak-anak selebriti.

MH lihat, ada saja yang tak kena di mata netizen ini, mesti ada yang nak dikecam.

Mungkin itu membuatkan, chef selebriti Datuk Fazley Yaakob tidak begitu mendedahkan anak-anaknya, Payish, Piyash & Piyush di mata orang ramai.

Ads

Bukan Mudah Nak Jaga 3 Anak Lelaki’-Datuk Fazley Yaakob

“Saya tunggu mereka dah besar, matang boleh nilai apa okay apa tak baru saya benarkan.

“Sama juga dalam masakan, selagi tangan mereka tak kuat nak pegang pisau, saya hanya beri pisau mentega sahaja.

“Api pun saya tak benarkan, hanya guna microwave atau induction cooker sahaja,”katanya lagi.

MH sebenarnya kagum dengan cara didikan Fazley terhadap anak-anaknya. Di usia muda sudah menunjukkan minat dalam bidang masakan dan muzik.

Ads

Bukan Mudah Nak Jaga 3 Anak Lelaki’-Datuk Fazley Yaakob

Ads

Namun, MH tertarik juga dengan cara beliau memberikan hukuman terhadap anak-anak.

“Selalunya dalam hukuman, saya dan isteri akan adil. Contoh kalau abang kena, adik kena tengok supaya mereka pun tak melakukan perkara yang sama.

“Tapi kalau waktu manja, memang saya akan manjakan anak. Waktu hukuman kena tegas.

“Cuma bila lepas rotan ke, saya dan isteri akan ambil masa 2 minit dan kemudian pujuk anak. Selalu kalau saya marah, isteri akan pujuk dan begitulah sebaliknya,”katanya.

Ternyata, cara didikan yang digunakan Fazley dan isterinya berjaya apabila ada yang memuji tingkah-laku anaknya.

“Baru-baru ini saya pergi ambil report card anak dan cikgu-cikgu mereka memuji anak-anak saya.

“Cikgu kata, anak saya baik dan jaga semasa sendiri sewaktu di sekolah. Bila dengar cerita ini, saya dan isteri rasa bangga dan seronok,”katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI