Kemesraan hubungan bersama suami, Aidil Aziz yang sering dikongsikan aktres versatil, Fasha Sandha membuatkan pelakon jelita itu sekali lagi dipilih sebagai duta produk jamu pengeluaran Inayah Beauty iaitu Beunita.

Menurut Fasha, dia berbesar hati selain akui dalam menjamin gaya hidup yang baik, dia sebagai wanita dan ibu perlukan suatu energi terbaik demi keluarga tersayang.

“Bukan mudah untuk menjadi isteri, ibu dan pada masa sama wanita berkerjaya. Saya perlu mengimbangkan kehidupan harian saya.

“Saya juga perlu menjaga hubungan bersama suami. Alhamdulillah Beunita banyak membantu saya dalam memberi tenaga maksima menjadi wanita yang serba boleh.

“Sebagai duta Beunita, saya mahu membantu ramai para para wanita yang mempunyai masalah masalah yang membuatkan mereka hilang keyakinan diri,” katanya.

Bintang drama Scammer ini berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Beunita di Willow Hall, Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inayah Beauty, Dini Qistina binti Latifi tidak menafikan masalah kebanyakan suami isteri sekarang yang sentiasa sibuk dengan kerjaya membuatkan ramai yang berdepan dengan kehambaran dalam perkahwinan.

“Nak bercinta, mudah. Nak kahwin pun mudah. Tapi nak menjaga keharmonian rumah tangga memerlukan usaha dan kesungguhan daripada pihak suami dan isteri.

“Dan pihak Inayah melihat Fasha antara selebriti yang masih ada ‘spark’ dengan suaminya Aidil. Dan itu perkara yang sangat bagus kerana tidak semua pasangan yang sudah lama berkahwin mempunyai rasa itu.

“Beunita merupakan salah satu konsep produk kami juga, iaitu merapatkan hubungan intim antara suami isteri. Paling penting, kami juga memilih atas dasar Fasha seorang yang sangat komited,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)


Tambah Dini, Fasha Sandha juga dipilih kerana dilihat mampu membawa nama jenama berkenaan atas kapasiti personaliti aktres ini yang terserlah jiwa kewanitaannya.

Proses pembuatan Beunita mengambil masa kira-kira empat bulan dan ia dihasilkan dengan mengambil kira setiap masalah para wanita dan menghasilkan satu produk yang dapat menyelesaikan masalah masalah tersebut.

“Sebelum itu, kami telah pun memberi Fasha mengamalkan jamu ini selama tempoh 1 bulan untuk merasakan keberkesanan produk baharu kami ini. Alhamdulillah, beliau bersetuju untuk berkerjasama setelah mendapat kesan yang positif.

“Setelah mendapat formulasi yang terbaik, kami pun sedia membuat pelancaran bersama Fasha Sandha,” katanya lagi.

Terdahulu, gimik pelancaran yang tular di media sosial itu berkonsepkan “Puteri Perak” yang bermaksud, resepi asli jamu daripada 3 orang bidan Perak dengan menggunakan 20 bahan premium.

Malah, Inayah Beauty yang berasal dari Seri Manjung, Perak juga merupakan salah satu sebab mengapa “Puteri Perak” dijadikan sebagai konsep utama mereka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI