“Bukan Masa Kita Nak Bertelagah Atau Membela Diri,” – Asnaf Hilang Tempat Berteduh Selepas Rumah Terbakar, Datuk Rizalman Berkongsi…

Share

Meluahkan kesedihan apabila masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak bersyukur dan mengeluh akan ujian kecil yang menimpa, kata pereka terkenal, Datuk Rizalman, sekarang merupakan masa untuk membela nasib insan yang kurang bernasib baik, bukannya saling bertelagah.

Dia turut berkongsi tragedi hitam yang diterima menerusi ruang mesej yang memaklumkan keluarga fakir miskin ini kehilangan tempat berteduh selepas rumah mereka terbakar. Walaupun kesemua ahli keluarga selamat, namun cukup menyedihkan, kucing peliharaan mereka mati terbakar.

“Celiklah mata wahai SEMUA golongan.. bayangkan sekiranya perkara sebegini berlaku pada kita.. adakah kita nak merungut pasal keletihan menjadi frontliners?

“Adalah kita nak membebel rasa terkurung? adakah kita nak berleter pasal makan benda yg sama setiap hari? adakah kita nak sibuk berkongsi benda viral dan melagakan manusia? adakah kita ambil tahu keadaan rezeki orang lain? adakah kita sedang sibok mencari puak untuk berpihak pada pandangan kita?

“Ramai lagi yg bakal menghabiskan nyawa dlm keadaan lapar dan berserah pada Allah SWT. Kita? Kita masih ada bumbung untuk berteduh walau seteruk mana pon kesusahan yg di alami. Maka cari lah teduhan untuk diri kita di padang Masyhar nanti selagi daya, agar menjadi antara 7 golongan yg di janjikan itu.

“syukor Ya Allah kerana bukan sahaja memberikan kita rezeki, malah peluang berbuat pahala,” tegasnya.

Semoga penderitaan keluarga ini dapat diringankan dengan bantuan rakyat Malaysia.

Foto : Instagram Rizalman

IKLAN