“Bukan Kuat Tidur, Cuma Berlatih Meninggal,”- Alamak, Kenapa Pula Dengan Tweet Sufian Suhaimi Tu?

Share

Penyanyi, Sufian Suhaimi ada memuat naik tweet terbaru di laman Twitter miliknya.

Tweet tersebut ternyata dilihat telah menimbulkan rasa curiga dan kurang senang dikalangan hati peminatnya di media sosial.

“Bukan kuat tidur, cuma berlatih meninggal,” tulisnya.

Tweet tersebut ternyata telah mengejutkan ramai pihak dan mereka turut membanjiri ruangan komen komen tersebut untuk memberi semangat kepada penyanyi berkenaan.

Dalam pada itu, tweet tersebut telah menjadi tular selepas mendapat lebih 26,000 retweet dan 20,000 tanda suka.

Alahai, kenapa pula dengan Sufian tu? Apapun, kita doakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat penyanyi lagu Di Matamu itu.

Sumber: Twitter Sufian Suhaimi

IKLAN