Ads

Bukan Ego, Cuma Mahu Ruang… Sharif Zero Mohon Maaf Kepada Atu – “Semoga Kita Dapat Kembali Seperti Dulu.”

Pelakon dan pelawak, Sharif Zero menafikan dakwaan dirinya bersikap ego sehingga enggan berbaik walaupun ada usaha daripada adiknya yang juga pelawak, Atu untuk kembali menjernihkan keadaan.

Bagaimanapun, Sharif memohon jasa baik orang ramai untuk memberi ruang buat keluarganya menyelesaikan isu ini secara dalaman.

Bukan Ego, Cuma Mahu Ruang… Sharif Zero Mohon Maaf Kepada Atu – “Semoga Kita Dapat Kembali Seperti Dulu.”

“Kalau orang kenal saya, mereka tahu saya ini bukan seorang yang ego. Saya sebolehnya tak mahu memberikan komen mengenai hal-hal keluarga ini. Tak mengapalah biarlah kami settle tepi nanti.

“Kalau sudah okay nanti, saya akan panggil kalian dan adakan majlis makan-makan di rumah nanti. Doakan sahaja yang baik-baik buat kami.

“Siapa sahaja tak sedih bila hal ini berlaku. Saya pun tak sangka ia akan jadi sebesar ini,” katanya kepada MH.

Pelakon filem Duyung: Lagenda Aurora itu berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Selangor Havoc Raya Fest di Setia City Convention Center, Setia Alam pada Isnin.

Ads

Pergaduhan Adik-Beradik Perkara Biasa

Dalam masa sama, Sharif menyifatkan perbalahan antara mereka sebagai sesuatu yang normal dan sudah menjadi lumrah dalam kehidupan berkeluarga.

Bukan Ego, Cuma Mahu Ruang… Sharif Zero Mohon Maaf Kepada Atu – “Semoga Kita Dapat Kembali Seperti Dulu.”

“Tiadalah lama sangat kami tak berjumpa. Baru-baru ini pun saya ada berjumpa dengan mak dan Melati. Dengan Atu pun saya ada berjumpa tapi seperti biasa, kami tidak bertegur.

“Kami ada bermain bola bersama-sama. Pergaduhan adik-beradik ini perkara biasa. Ibu pun sudah faham. Gaduh-gaduh pun mak tahu kami akan okay juga nanti,” kongsinya lagi.

Ads

Mohon Maaf

Sementara itu, Sharif turut memohon maaf secara terbuka kepada Atu sekiranya tindakannya berkongsi kisah lalu membuatkan adiknya itu berasa kurang senang, selain sentiasa membuka ruang untuk kembali berbaik.

Bukan Ego, Cuma Mahu Ruang… Sharif Zero Mohon Maaf Kepada Atu – “Semoga Kita Dapat Kembali Seperti Dulu.”

“Jika mereka anggap segalanya ini merupakan salah saya, saya terima sahaja. Mungkin salah juga kerana telah membongkar cerita-cerita lama mengenai Atu.

Ads

“Sebenarnya saya tiada niat apa-apa pun. Tak mengapalah, perkara ini pun sudah berlaku. Atu, saya minta maaf. Harapnya selesailah.

“Kita dengarlah apa kata netizen. Buang yang keruh ambil yang jernih. Semoga kita dapat kembali seperti dahulu. Abang terima sahaja jika Atu datang ke tempat Abang.

“Kalau Atu mahu Abang datang ke tempat Atu pun Abang okay,” katanya lagi.

Terdahulu, situasi hubungan antara Atu dan Sharif dilihat masih diperkatakan. Malah, baru-baru ini Sharif didakwa meninggalkan acara tayangan perdana filem Duyung: Lagenda Aurora lebih awal kerana dikatakan enggan bersemuka dengan Atu.

Pada majlis sama, Atu turut mendedahkan perselisihan faham yang berlaku sudah berlarutan agak lama disebabkan hal tertentu.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dentum Romantis Bakal Gegarkan Zepp KL, Romantic Echoes Tampil Solo Pertama...

Selepas mencipta fenomena di Nyala Fest tahun lalu, kumpulan indie terkenal dari Indonesia, Romantic Echoes bakal mengadakan persembahan solo pertamanya sempena ‘Dentum The First...
error: Hello. Cannot.