Pasti ramai yang telah mendengar cerita mengenai Aishah yang dikritik pada konsert kedua Gegar Vaganza 4 (GV4) minggu lalu kerana busana merah yang terlalu polos buat legenda sepertinya.

Bukan Calang-Calang, Pereka Pakaian Taylor Swift Mahu Taja Pakaian Aishah Di GV4

Sejak itu, ramai pereka fesyen tempatan hadir menawarkan diri untuk menaja pakaian buat Aishah sepanjang rancangan GV4 dan salah seorangnya ialah Amir Kadir yang pernah bermastautin di Dubai dan Kuwait selama 16 tahun.

Malah jangan terkejut, Amir juga pernah menghasilkan pakaian khas untuk selebriti Hollywood terkenal seperti Taylor Swift, Paris Hilton, Jessie J dan ramai lagi.

Bukan Calang-Calang, Pereka Pakaian Taylor Swift Mahu Taja Pakaian Aishah Di GV4

IKLAN

Tidak terhenti di situ, Aishah turut bertuah kerana menerima pelbagai jenis tawaran tajaan seperti make up, ubat kurus, ubat kesihatan tudung dan sebagainya.

Melalui akaun Facebook, Aishah melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas sokongan yang ditawarkan.

Bukan Calang-Calang, Pereka Pakaian Taylor Swift Mahu Taja Pakaian Aishah Di GV4

IKLAN

“Malam ni tadi i baru dapat tengok mesej di Instagram i. Hahaha almaklumlah orang lama ni, bab-bab media sosial ni kita agak slow sikit.”

 

 

“Sangat terharu diatas sokongan dan tawaran-tawaran sponsor baju, makeup, ubat kurus, ubat kolesterol, tudung, kasut dan bermacam-macam.”

 

 

“Terkial-kial i nak jawap. i cuba respond kepada sebanyak yang boleh. Alhamdulillah minggu ni dah ada sponsor baju so terima kasih pada yg offer,” tulisnya di ruangan status.

Malah, Aishah turut memberitahu sekirannya dia masih kekal di dalam pertandingan Gegar Vaganzar 4, dirinya sangat mengalu-alukan serta membuka peluang pada pereka yang lain untuk mempersembahkan kreativiti masing-masing.

Bukan Calang-Calang, Pereka Pakaian Taylor Swift Mahu Taja Pakaian Aishah Di GV4

IKLAN

“Seandainya ada rezeki i di minggu2 ke hadapan mungkin orang lain pula boleh bantu i ye. Kalau ada yang i termiss jawap i mohon ampun dan maaf.

 

 

“Hanya terima kasih yang tak terhingga pada semua yang ingin membantu. Sangat terharu…love you all.” Ujarnya.

Pada konsert kedua minggu lalu, Aishah yang mendendangkan lagu Dingin (Ziana Zain) terpaksa berpuas hati apabila menduduki tangga kelima daripada 12 peserta.

Sempena tema Berani Ke Tidak? Aishah akan menbawakan lagu Yuna yang berjudul Terukir Di Bintang.

GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Sumber : Astro Gempak , Fb Wan Aishah Wan Ariffin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI