Penyanyi Ramlah Ram kini muncul dengan lagu terbaharu berjudul Aku Ubatinya Lagi ciptaan sepenuhnya komposer terkenal, Ajai.
Single yang sudah dirakam sejak PKP tahun lalu iaitu sekitar awal Mac 2020 itu merupakan projek pertama mereka berdua meski sudah saling mengenali sejak sekian lama.
Berkongsi lebih lanjut, Ramlah,56, mengakui proses rakaman lagu tersebut menjadi lebih mudah keranakeserasian yang sedia ada di antara mereka selain Ajai yang memberi ruang buat dirinya untuk menyuntik emosi dalam lagu.
“Kami belum pernah bekerjasama, cuma saya memang mengenali Ajai sejak awal dia terlibat dalam seni. Secara tak langsung, ia membuatkan proses rakaman menjadi lebih mudah.
“Cuma bila sama-sama bekerja dalam studio, bagi saya Ajai seorang yang bukan buat kerja asal siap. Kalau dia tak puas hati… dia nak lebih baik dia akan cuba dapatkan juga. Dia cuba untuk cari yang terbaik.
“Dia bagi kebebasan dan saya juga percaya dengan hasil kerja Ajai. Katanya, saya hanya perlu dapatkan mood untuk sampaikan lagu, jadi tiada masalah.
Ads
“Masing-masing ada kepercayaan itu. Dia pun tahu saya bagaimana begitu juga sebaliknya. Pada masa sama, saya juga suka dengan liriknya,” katanya.
Sementara itu, Ramlah mengakui agak sukar untuk melancarkan sesebuah karya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun, bintang yang sinonim dengan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu dan Ketentuan itu terpaksa meneruskan perancangan memandangkan tempoh lanjutan PKP masih dikuatkuasakan.
Ads
“Sebelum ini pun lagu saya keluar dalam tempoh PKP juga. Jadi, tak boleh nak fikir masa PKP ni sesuai atau tidak keluar lagu.
“Ikutkan memang sukar nak keluarkan lagu waktu ini… daripada segi promosi jadi terbatas sebab kita tak boleh buat macam-macam. Tapi kalau kita tunggu, sampai bila tak boleh nak keluar lagu,” katanya lagi.
Kali terakhir Ramlah muncul dengan single ialah pada tahun 2019 menerusi lagu Masar Cinta dan kemudian disusuli lagu raya, Kemenangan pada April lalu.
Ads
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon versatil, Datin Seri Umie Aida bersama Yayasan Seni Karya Perihatin Malaysia telah menghulurkan sumbangan dengan memberikan beberapa barang keperluan asas kepada 300 pemandu teksi di sekitar ibu kota.
Menerusi perkongsian di Instagram, Umie meluahkan rasa syukur apabila sumbangan yang diberikan itu berjalan dengan lancar.
“Berat sama dipikul.. ringan sama dijinjing. Alhamdulilah..300 pemandu teksi telah menerima sedikit bantuan beras, tepung , minyak masak & roti prata.
“Pendapatan mereka sehari paling tinggi 20 ringgit. Lets malaysian.. sama2 kita berganding bahu hulurkan bantuan . Account yayasan 21233000012249 (rhb bank),” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 48 tahun ini menitipkan ucapan terima kepada orang ramai yang telah menderma untuk memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
“Dan terima kasih kepada yang telah menderma . Semoga sentiasa dalam lindunganNYA dan rahmatNYA. Aamiin #yayasansenikaryaperihatinmalaysia #kitaadakita,” tulisnya.
Baru-baru ini, penerbit dan penulis novel terkenal, Siti Rosmizah memperkenalkan barisan pelakon yang akan membintangi dalam drama rantaian 7 Hari Mencintaiku untuk musim ketiga.
Menariknya, pelakon Jasmin Hamid dilihat sekali lagi bakal terlibat dalam drama rantaian berkenaan meski watak Hayati yang dilakonkan telah mati pada musim sebelum ini.
Akui ada yang berasa keliru dengan pengumuman barisan pelakon dalam drama berkenaan, Jasmin telah memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
“Penerbit dan penulis novel #7harimencintaiku3, Puan @sitirosmizahsemail telah umumkan antara barisan pelakon-pelakon yang akan menjayakan drama ini dan juga penambahan watak-watak baru.
“Oleh kerana ramai yang confuse bila nampak gambar saya tapi nama watak lain. Di sini saya ingin jelaskan..Masa #7HariMencintaiku2, saya pegang watak sebagai HAYATI, ibu MIA tapi akhir cerita HAYATI MATI..,” tulisnya.
Menurut pelakon berusia 46 tahun ini, dia bakal mendukung watak baru bernama Zarina yang diwujudkan untuk musim terbaru drama tersebut.
“Untuk drama #7harimencintaiku3 ni, saya di beri peluang sekali lagi bekerjasama untuk karya Puan @sitirosmizahsemail sebagai ZARINA pulak..Saya sendiri pun belum tau siapakah ZARINA sebenarnya sebab skrip masih dalam pembikinan.
“Ini buatkan saya lagi nervous sebab Puan @sitirosmizahsemail akan korek lagi bakat lakonan saya. Jadi saya harap penonton jangan keliru ya..ORANG YANG SAMA TAPI WATAK BERBEZA.
“Jika ZARINA ni adalah rezeki saya, kita akan berjumpa lagi dalam karya Puan @sitirosmizahsemail. IN SYAA ALLAH..Hebat Bukan?#ComingSoon #DramaMelayu #familystory
#fenomena #thirdseason #terimakasih #hebatbukan,” tulisnya.
Bersempena dengan sambutan hari bap/ yang diraikan pada Ahad, pelakon Zahirah MacWilson turut tidak melepaskan peluang dengan menitipkan dedikasi istimewa buat suami, pelakon Aiman Hakim Ridza.
Di samping berkongsi beberapa keping foto serta video kandid momen bersama anak mereka iaitu Isaac Raees, bintang berusia 27 tahun ini turut menyifatkan Aiman sebagai bapa penyayang.
Selain itu, Aiman turut disifatkan sebagai seorang yang berkerja keras, sentiasa memberi sokongan dan periang.
“Happy father’s day Daddy This is your first father’s day! Isaac is so blessed to have such a loving, caring, hardworking, supportive & fun dad.
“Someone he can always rely on and look up to. Thank you for being an amazing father, love you lots & lots Daddy.@aimanhakimridza @isaacraees,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...