Ads

“Bukan Bermaksud Saya ‘Down’, Ini Proses Bangkit Semula,” – Shiha Zikir Henti Operasi Restoran Cawangan Shah Alam Demi Masa Depan Bisnes

Penyanyi dan usahawan, Shiha Zikir menjelaskan keputusan menghentikan operasi cawangan kedua Restoran Shiha Zikir Nasi Ayam di Shah Alam, Selangor bukanlah satu kegagalan

Sebaliknya ia dianggap sebagai langkah berani demi bangkit semula dengan perancangan perniagaan yang lebih kukuh selepas ini.

Menerusi satu hantaran di Threads, penyanyi lagu Kalam itu memaklumkan cawangan berkenaan telah menamatkan operasi pada Isnin.

“Dengan hati yang berat, Shiha ingin memaklumkan bahawa cawangan Seksyen 7, Shah Alam telah menamatkan operasi bermula 15 Disember 2025.

“Keputusan ini bukan mudah, tetapi saya percaya ia adalah langkah terbaik buat masa ini,” jelasnya.

“Bukan Bermaksud Saya ‘Down’, Ini Proses Bangkit Semula,” – Shiha Zikir Henti Operasi Restoran Cawangan Shah Alam Demi Masa Depan Bisnes “Bukan Bermaksud Saya ‘Down’, Ini Proses Bangkit Semula,” – Shiha Zikir Henti Operasi Restoran Cawangan Shah Alam Demi Masa Depan Bisnes “Bukan Bermaksud Saya ‘Down’, Ini Proses Bangkit Semula,” – Shiha Zikir Henti Operasi Restoran Cawangan Shah Alam Demi Masa Depan Bisnes

Ads

Cawangan Kampung Baru Kekal Beroperasi

Walaupun operasi di Shah Alam dihentikan, Shiha bagaimanapun memberitahu cawangan di Wisma Infinitum, Kampung Baru, Kuala Lumpur masih beroperasi seperti biasa, sekali gus memberi jaminan kepada pelanggan setia.

“Jangan risau ya, cawangan Kampung Baru masih beroperasi seperti biasa dan sentiasa menanti kehadiran anda semua,” kongsinya lagi.

Menurut Shiha, dunia perniagaan menuntut keberanian untuk mencuba, gagal dan bangkit semula, termasuk berani membuat keputusan besar pada masa yang tepat.

Ads

“Dalam bisnes, kita kena berani try and error. Selepas hampir dua tahun, saya rasa kena hentikan operasi dulu dan cari lokasi yang lebih strategik dan boleh untung.

“Ini bukan bermaksud saya ‘down’ atau lemah semangat. Sebaliknya, ini satu proses untuk bangkit semula. Daripada terus menanggung kerugian, lebih baik saya ambil langkah ini dan susun semula perancangan,” jelasnya.

Terharu Sokongan, Fokus Fasa Seterusnya

Dalam pada itu, Shiha turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan pelanggan setia, khususnya mereka yang sering membuat pesanan melalui platform dalam talian.

Ads

“Sokongan pelanggan, terutamanya pelanggan tetap di Shah Alam, benar-benar menyentuh hati saya. Ia beri semangat untuk saya terus kuat dan melangkah ke hadapan,” katanya.

Shiha kini mahu memberi fokus sepenuhnya kepada cawangan di Kampung Baru dan terbuka untuk terus mencari lokasi baharu yang lebih sesuai bagi fasa seterusnya.

“Sekarang saya fokus dulu di Kampung Baru. Insya-Allah, saya percaya akan ada jalan yang lebih baik selepas ini,” tambahnya.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Alhamdulillah, Boleh Senyumlah Tengok KWSP…,” – Dilabel Murahan & Gila Publisiti...

Pengacara dan penyampai radio, Feeya Iskandar tampil membidas kenyataan seorang individu yang mendakwa sudah naik jelak mendengar suaranya ke udara hampir setiap hari, termasuk ketika hujung minggu.
error: Hello. Cannot.