“Bukaan Baru 3cm, Lagi 12 Jam Baru Anak Ibu Lahir,” – Ezzaty Abdullah Imbau Detik Bersalin

Share

Setiap wanita yang bergelar ibu sudah pasti menjadi kenangan terindah dan itulah yang dirasai pelakon jelita, Ezzaty Abdullah.

Menerusi entri terkini Ezzaty di Instagram, telah mengimbau kembali kenangan dua tahun lalu ketika sebelum melahirkan anak pertamanya, Harum Dahlia.

“2 tahun lepas, (gambar dalam labor room) time macam ni (1030am, 6 Disember) ibu n ayah masih menunggu anak ibu lahir.

“Contraction masih x rasa byk. Dari pukul 6ptg semalam sampai skrg bukaan baru 3cm. Lagi 12 jam baru anak ibu lahir. #harumturns2 @harumdalia,” tulisnya.

Di samping itu, peminat juga mendoakan agar mahligai cinta Ezzaty bersama suami kekal bahagia selamanya.

Sekadar informasi, Ezzaty sah bergelar isteri kepada pelakon Azwan Kombos pada 16 Julai 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Harum Dahlia pada 7 Disember 2017.

Foto: Instagram Ezzaty Abdullah

IKLAN