Buka Puasa Dengan Halim Othman, Fizi Ali Dedah Ceritanya; “Ni La Mentor & Antara Orang Ajar Saya Dalam Dunia Radio.”

Share

Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali berkesempatan berbuka puasa bersama rakan penyampai radio senior, Halim Othman, baru-baru ini.

Kongsinya di akaun media sosial Instagram, Fizi atau nama lengkapnya Mohd Hafizudin Alimudin menyingkap detik awal dia terlibat dalam konti radio.

Menurut Fizi, Halim antara mentor yang banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dunia penyiaran radio.

“Hari ni berbuka dengan papa. Eh salah Abang Halim. Tak sangka setelah bertahun jumpa kembali. Ni la mentor saya dan antara orang yang ajar saya dalam dunia radio.

“Sampai awal-awal orang cakap saya tiru Halim. Ada nak bgtau papa apa-apa nanti saya sampaikan. Eh papa lagi. Abang Halim,” tulisnya.

Sekadar informasi, Fizi telah memulakan karier sebagai penyampai radio Suria FM sekitar tahun 2016.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Fizi Ali

IKLAN