Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali berkesempatan berbuka puasa bersama rakan penyampai radio senior, Halim Othman, baru-baru ini.
Kongsinya di akaun media sosial Instagram, Fizi atau nama lengkapnya Mohd Hafizudin Alimudin menyingkap detik awal dia terlibat dalam konti radio.
Menurut Fizi, Halim antara mentor yang banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dunia penyiaran radio.
Ads
“Hari ni berbuka dengan papa. Eh salah Abang Halim. Tak sangka setelah bertahun jumpa kembali. Ni la mentor saya dan antara orang yang ajar saya dalam dunia radio.
“Sampai awal-awal orang cakap saya tiru Halim. Ada nak bgtau papa apa-apa nanti saya sampaikan. Eh papa lagi. Abang Halim,” tulisnya.
Anggota kumpulan Indigo, Bad mendedahkan dirinya kini sudahpun kehilangan kesemua jari kaki kirinya akibat penyakit kencing manis yang dideritainya ketika ini.
Memetik laporan Harian Metro, Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah kini terpaksa bergantung kepada alat berjalan (walker) sejak Oktober tahun lalu.
“Mulanya jari kecil dulu kena potong. Kemudian tiga jari lagi selepas sebulan dan terakhir ibu jari pada September tahun lalu. Sekarang semua jari kaki kiri sudah tidak ada.
“Disebabkan itu, ia membataskan pergerakan saya dan perlu menggunakan ‘walker’ yang turut berfungsi seperti kerusi roda,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, suami kepada penyanyi, Ashira Aziz ini turut tidak menolak andai dia terpaksa menggunakan kerusi roda bagi mengurangkan pergerakan pada kakinya.
Katanya lagi, dia juga harus membersihkan luka di bahagian kakinya itu selang sehari.
“Sejak itu pergerakan saya sangat terbatas dan memenatkan apabila bergerak. Ini kerana saya banyak menggunakan kaki kanan untuk menampung badan. Sekarang lutut kanan saya pun sudah sakit.
“Saya seperti akan menggunakan kerusi roda juga nanti sebab kaki ini banyak tekanan hingga mengakibatkan luka selalu terbuka.
“Apa yang menjadi masalah sekarang apabila banyak juga tempat yang tidak mesra OKU. Jadi susah untuk saya bergerak.
“Namun, susah macam mana pun, apa yang penting kena senyum. Ini kerana Allah Maha Adil, jadi ada yang lebih baik untuk saya, Insya-Allah,” katanya lagi.
Pada masa sama, Bad turut memaklumkan dia juga telah menerima bantuan daripada beberapa agensi kerajaan bagi meringankan beban dirinya dan juga keluarga.
“Bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) belum dapat lagi sebab saya belum lengkapkan borang. Alhamdulillah, baru-baru ini dapat sumbangan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),”akhirinya.
Sebelum ini, Bad memaklumkan dia kini sedang didalam proses untuk memohon status Orang Kelainan Upaya (OKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mengurangkan kos rawatannya dari semasa ke semasa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Harian Metro & Instagram Bad Indigo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas menjuarai program realiti, Hijrahkan Laguku musim pertama, penyanyi, Shahir Zawawi mendedahkan dirinya mahu memanfaatkan peluang tersebut untuk membina semua namanya selepas menyepi daripada industri seni tanah air sebelum ini.
Menurut Shahir, dia berharap agar rezeki yang dikurniakan Allah akan terus memihak kepadanya selepas ini.
“InsyaAllah saya akan sedaya upaya untuk cuba bertahan lama di dalam industri selepas ini. Saya akan cuba elak untuk menjadi seperti ‘chipsmore’.
“Apapun, kita hanya mampu merancang. Doakan semoga rezeki saya sentiasa dipermudahkan.
“Perjalanan yang Allah telah susun itu kita kena tetap jalani. Tak kisah sama ada sewaktu di atas atau di bawah, kita tak boleh nak lari. Saya hanya meneruskan perjalanan dan mencuba untuk jadi yang terbaik,” katanya ketika dihubungi MH.
Pada masa sama, Shahir turut menafikan tanggapan segelintir pihak yang menyifatkan dirinya hanya akan menyanyikan lagu-lagu berentak ketuhanan selepas menjuarai program nyanyian terbitan stesen televisyen Islamik, TV AlHijrah itu.
“Bagi saya muzik itu tidak salah. Sama ada pop, balada atau apa juga genre sekalipun, ia merupakan selera masing-masing.
“Saya tiada masalah untuk menyanyikan apa juga genre sekali pun yang penting pengisian di dalam lagu itu biarlah ada manfaat kepada pendengar. Bukan hanya hiburan semata-mata,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, bekas juara Akademi Fantasi (AF) musim ke-8 ini turut memaklumkan dia tidak mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat kerana fokusnya pada ketika ini adalah untuk membina semua kerjayanya.
“Saya masih lagi belum berpunya sebab ketika ini saya memang berikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya sahaja. Kita pun baru je nak mula bernafas semula.
“Saya ini ada masalah untuk fokus kepada banyak benda. Kalau saya fokus bekerja saya risau perkara-perkara lain itu akan mengganggu.
“Saya baru je nak kembali semula di dalam industri ini. Kali terakhir saya mengeluarkan lagu pun pada lapan atau sembilan tahun yang lepas. Sekarang ini saya dalam perancangan nak keluarkan lagu baharu.
Ketika ditanya adakah dia berasa sedikit tertekan kerana belum mendirikan rumah tangga, penyanyi asal Kampar, Perak ini memaklumkan fasa tersebut telah pun berakhir selepas kesemua adik-beradiknya telah selamat berkahwin.
“Dulu mungkinlah mak saya kerap bertanya sebab adik-adik saya belum berkahwin. Ibu meletakkan syarat supaya abang kahwin dulu sebelum adik-adik. Waktu itu agak mendesak.
“Tapi lepas semua adik-beradik saya dah selamat berkahwin, beban itu sudah tiada pada saya,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Shahir dikhabarkan bakal muncul menerusi beberapa program tv terbitan TV AlHijrah antaranya Ngaji On The Go dan Hijrah Berselawat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit foto: Instagram Shahir Zawawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
1 April lalu genap 26 tahun penglibatan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam bidang hiburan. Sepanjang tempoh itu, anak jati Kuala Lipis, Pahang itu telah berjaya meraih pelbagai anugerah dari dalam mahupun luar negara di atas pencapaian kerjaya seninya.
Terbaharu, nama Siti sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas namanya tersenarai dalam list Top 100 Most Awarded Musicians of All-Time seperti yang dikongsikan laman Twitter rasmi, The Artist Museum.
Dalam senarai itu, Siti berjaya mengalahkan nama-nama besar bintang antarabangsa seperti Justin Timberlake, Usher, Nicki Minaj termasuk idolanya, Celine Dion.
Mendiang Michael Jackson mendahului carta sementara tempat kedua dan ketiga pula menjadi milik Beyonce dan Taylor Swift. Sementara, kumpulan sensasi Kpop, BTS di tangga keempat.
Rata-rata peminat melahirkan keterujaan di atas kejayaan membanggakan ibu kepada dua cahaya mata itu.
“Dahsyat betul boleh masuk dalam list ni.
“No. 27 penyanyi yang menerima paling banyak anugerah di peringkat global dan beliau masih lagi memegang takhta penyanyi paling tinggi anugerah di Malaysia dengan sebanyak 329 trofi.
— The Artist Museum (@TheArtistMuseum) April 5, 2022
“Tahniah Siti Nurhaliza. Sentiasa menjadi penyanyi nombor satu pilihan saya. Tolong jangan berhenti menyanyi… kami masih memerlukan anda dalam industri ini,” tulis peminat setia Siti.
Untuk rekod, Siti merupakan artis Malaysia yang paling banyak memenangi anugerah sehinggakan rekod itu dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2001 dan masih lagi kekal dengan rekod tersebut sehingga kini.
Pelbagai anugerah yang berjaya diraih Siti antaranya 42 anugerah di Anugerah Industri Muzik (AIM), 25 trofi di Anugerah Bintang Popular, 28 anugerah di Anugerah Planet Muzik dan 20 anugerah di Anugerah Juara Lagu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.