“Budak Flat Ni Yang Sanggup Bangun Je Terus Nak Pergi Main Bola,” – Dedah Sebab Pakai Baju Besar, Hisyam Hamid Cerita Memori Ketika Berumur 10 Tahun

Share

Pelakon, Hisyam Hamid ada berkongsi foto pada zaman kanak-kanaknya buat peminat menerusi platfrom Instagram.

Jelas bapa kepada dua cahaya mata ini, imej yang dirakam ketika usianya 10 tahun itu turut menyimpan memori tersendiri apabila dia bercita-cita untuk bergelar pemain bola sepak suatu ketika dulu.

Menyebut beberapa bintang sukan terkenal pada ketika itu, bintang drama TQ Captain ini turut bercerita mengenai baju saiz besar yang dikenakan.

“Tgh mengemas terjumpa gambar budak flat ni yg bangun je terus nak pergi main bola. Masa ni umur 10 tahun, impian nak jadi mcm Fandi Ahmad, Abbas Saad, Azman Adnan & Olombumi Adigun.

“Ya baju mmg besar sikit sebab tu size paling kecil yg ada masa tu sebab dlm team tu aku paling muda; yg lain kebanyakkan 13-14 thn ke atas,” jelas Hisyam sambil disertakan dengan beberapa tanda palang.

Lalu, perkongsian yang menggamit memori itu turut dihujani dengan komen pelbagai netizen termasuk rakan artis.

Foto: Instagram Hisyam Hamid.

IKLAN