“Buatkan Saya Mahu Pakai Juga,” – Ramai Perasan Neelofa Mula Kenakan Stokin, Ini Reaksi Tuan Badan

Share

Usahawan dan hos, Neelofa sejak kebelakangan ini mencuri tumpuan ramai apabila dilihat mula mengenakan sarung kaki di dalam setiap penampilannya.

Perkara tersebut kini boleh dilihat menerusi kebanyakan perkongsian foto outfit of the day (OOTD) yang dimuat naik figura asal Kelantan ini.

Maximises comfort and keeps your look polished. @naelofar #GoNaelofar #NaelofarRTW,” tulis Neelofa menerusi satu hantaran IG yang memuat naik beberapa keping gambar.

Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya memuji penampilan pengacara Next To Neelofa ini yang dilihat mengenakan stoking bila mana mengenakan seluar paras buku lali.

Sementara itu menerusi salah-satu komen daripada posting sama, Neelofa turut dilihat memberikan reaksi ringkas terhadap perkara tersebut.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima lebih 200,000 tanda suka daripada pengguna Instagram.

Foto: Instagram Neelofa

 

IKLAN