“Buat Pertama Kali, Hampir Kesemua Komen Adalah Positif,” – Penangan Kongsi Foto Bertudung Zizi Kirana

Share

Penyanyi Zizi Kirana mengakui foto bertudung yang dikongsikan menerusi Instagram beberapa hari lalu merupakan antara entri yang paling banyak menerima komen netizen.

Malah rata-rata komen yang ditinggalkannya juga kebanyakan berunsur positif.

“Saya terima lebih 2,000 komen daripada pengikut dan paling mengejutkan, buat pertama kalinya, hampir kesemua komen adalah positif.

“Jadi, saya pandang setiap pendapat warganet ini dari sudut positif yang mahukan kebaikan untuk diri saya,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Sementara itu, bintang kelahiran Sabah yang kini muncul menerusi single barunya bersama Altimet, Pendekar Pena itu juga turut berterima kasih atas pujian ramai terhadap foto sama.

Kebanyakan daripada peminat serta netizen turut mendoakan agar Zizi suatu hari nanti terbuka hati untuk mengenakan hijab.

“Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan supaya bertudung. Apa yang boleh saya katakan, perlukan waktu untuk benar-benar ikhlas.

“Saya tak mahu kalau nanti pakai tanpa rasa seikhlas hati, akan buka tudung tidak lama selepas itu,” kongsinya.

Foto: Instagram Zizi Kirana

IKLAN