Penyanyi Aina Abdul akan cuba memberikan persembahan terbaik di pentas final program hiburan, Vokal Mania yang berlangsung malam ini.
Bakal mempersembahkan sebuah lagu medley dan sebuah lagu battle bersama rookie, Aina melihat program ini sebagai salah satu platform pembelajaran terbaik untuk dirinya.
“Alhamdulillah, perjalanan saya bersama idol dan rookie lain bakal bernoktah malam ini. Sejujurnya, Vokal Mania banyak mengajar saya pelbagai ilmu baru.
“Saya melihat sendiri kesungguhan idol dan rookie lain serta komen dan kritikan yang juri berikan saya terima dengan positif dan menggunakan ia sebagai pemangkin untuk melakukan yang terbaik.
“Insya-Allah, saya akan memberikan 200 peratus pada malam akhir nanti. Saya harap peminat dapat menyokong saya menerusi undian,” katanya.
Ads
Tambah Aina lagi, dia amat berbangga kerana dapat menjadi salah seorang artis yang terlibat dalam rancangan hiburan tersebut.
“Biarpun saya masih baru dalam industri seni, saya melihat kesempatan untuk bergelar idol Vokal Mania ini adalah salah tuah yang terjadi di tahun 2020.
“Banyak dugaan yang saya tempuhi sepanjang Vokal Mania, antaranya ketika saya harus membuat persembahan dari rumah kerana kuarantin sedangkan idol dan rookie lain berada di studio.
Ads
“Menang atau kalah, saya serahkan kepada ketentuan Allah kerana apa yang penting, saya mahu memberikan yang terbaik sehingga penonton terhibur,” katanya lagi.
Selain bersaing dengan tiga idol lain iaitu Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo, Aina juga akan berentap dengan salah seorang daripada empat rookie iaitu Eranzz Lambert, Danial Chuer, Aisha Retno dan Alif Kadim di pusingan battle.
Ads
Pada episod akhir Vokal Mania, seorang idol akan memenangi wang tunai bernilai RM50,000 dan seorang rookie akan memenangi hadiah bernilai RM30,000 termasuk wang tunai, satu rakaman lagu dan sebuah muzik video.
Siapa yang bakal bergelar juara rookie dan juara idol untuk program Vokal Mania? Sama-sama nantikan jawapannya hari ini, jam 9 malam ini di TV3!
Undi rookie dan idol kegemaran anda di www.xtra.com.my/vokalmania serta laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.
Vokal Mania juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv.
Foto: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara telah memberi banyak kesan kepada semua orang termasuk kanak-kanak.
Baru-baru ini pelakon Datin Almy Nadia ada berkongsi gelagat anaknya yang kebosanan di rumah sepanjang tempoh PKP.
Kongsi Almy, mereka sekeluarga sudah lama tidak pergi bercuti oleh kerana pelaksanaan PKP masih berkuatkuasa.
“Fizz fairuz tolong laa bawa kami keluaq p bercuti,tgk sat anak2 ni jadi apa dah bila lama sgt dok rumah taktau nak nagis atau nak gelak hampa rasa apa.. @fizzfairuzofficial,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat turut berkongsi cerita dan pengalaman di ruangan komen entri berkenaan.
Almy mendirikan rumah tangga bersama pelakon Datuk Fizz Fairuz pada tahun 2014.
Pasanganini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Foto: Instagram Almy Nadia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Tasha Manshahar meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan sentiasa ringan tulang dalam membantunya melakukan kerja-kerja rumah.
Menurut Tasha, meski pun ianya dilihat sebagai perkara kecil, namun hal tersebut sudah cukup membuatkan dirinya berasa sangat bahagia.
“Little things that matter. Long way to go, banyak lagi perlu kami perbaiki bersama. Tapi sejujurnya bila suami tolong mudahkan kerja-kerja macam ni pun sebenarnya dah cukup membahagiakan.
“Lagi-lagi time kita tengah ada bad day ke tak sihat ke letih ke. Terharunyaaa ya Allah. Setuju tak para isteri? Semoga Allah jadikan kita juga isteri yang solehah, menenangkan, membahagiakan. Terima kasih my @raqibmajid ,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Bukan Aku ini turut menyifatkan perkara tersebut telah membuatkan dirinya bertambah semangat untuk menjadi isteri yang solehah.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata pujian selain turut mendoakan semoga Tasha dan suami akan kekal bahagia hingga ke jannah.
Terdahulu, Tasha telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati yang juga merupakan seorang penyanyi, Raqib Majid pada tanggal 8 September 2018.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Muammar Rafiqi.
Sumber: Instagram Tasha Manshahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Faye Kusairi ada berkongsi perkembangan terkini mengenai anak keduanya yang telah selamat dilahirkan pada Selasa lalu.
Faye atau nama penuhnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi memberitahu dia telah kembali ke hospital selepas bayi perempuannya itu terkena demam kuning.
“After only 2 days we enjoyed home sweet home, today we’re back to the hospital again. My babygirl is admitted for jaundice. Struggling to put her under the photo light as she refuses to sleep without wearing her swaddle.
“The only way to enjoy confinement is the bonding between you and your newborn. We’re sleeping on the same bed, sharing the same photo light and in the same room. Alhamdulillah.. we’re gonna be one strong power duo, just like me and my Mama l,” tulisnya.
Pada masa yang sama, Faye memanjat rasa syukur kerana sentiasa mendapat sokongan dan bantuan daripada ahli keluarganya.
“Ayah pun ada tolong assist Mommy coz Mommy sedang berpantang kan. Teamwork is golden!
“Doakan baby girl kami cepat sembuh dari jaundice ni ya.. Abg Alif ada bersama Atok Yan & Ann kat rumah. Syukur Alhamdulillah.. I have such wonderful backbone and people sending love from everywhere. I thank you in advanced.
“Positive thinking brings positive results. Kami tetap bersyukur dengan dugaan yg melanda. Semoga الله SWT kekalkan semangat kami dan memberi hikmah atas dugaan kami. Aamiin.#positivevibesonly,” tulisnya lagi.
Untuk rekod, Faye mendirikan rumah tangga bersama pengarah Azmi Hatta pada 9 April 2017 di Kuala Lumpur.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Alif Azmi yang kini berusia 2 tahun.
Foto: Instagram Faye Kusairi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.