Pelakon dan penyanyi, Zila Seeron membuat laporan polis hari ini bagi membersihkan namanya setelah terpalit disebabkan penipuan voucher.

Dia berkongsi perkara tersebut di laman Instagram bertujuan untuk memberikan penjelasan mengenai isu tersebut.

“Assalamualaikum, dengan rasa rendah hati dan memohon maaf , saya (Nur Azilah Binti Seeron) ingin membuat sedikit pencerahan berhubung kes penipuan pembelian voucher percutian yang membabitkan nama baik saya

“Di sini saya sertakan report bertarikh (15/04/2018 & 21/05/2018) bertujuan membersihkan nama baik saya.

Saya tidak tahu dan terlibat dalam kes melibatkan penipuan voucher tersebut, saya cuma mendapat upah untuk membuat review/iklan mengenai voucher tersebut dan dijanjikan komisyen setiap pembelian voucher tersebut dari seorang kenalan bernama (Nadzreen Adzra Binti Mohammad)

Sila hubungi beliau untuk sebarang tuntutan dan ganti rugi, maafkan sekiranya ada sebarang salah faham yang berlaku.

Tujuan memuat naik status ini adalah untuk membersihkan nama baik saya .. semoga kalian dirahmati Allah. Terima kasih, assalamualaikum,” tulisnya.

#Bismillah Assalamualaikum, dengan rasa rendah hati dan memohon maaf .. sy (Nur Azilah Binti Seeron) ingin membuat sedikit pencerahan berhubung kes penipuan pembelian voucher percutian yang membabitkan nama baik saya , disini saya sertakan report bertarikh (15/04/2018 & 21/05/2018) bertujuan membersihkan nama baik saya .. saya tidak tahu dan terlibat dalam kes melibatkan penipuan voucher tersebut.. saya cuma mendapat upah untuk membuat review/iklan mengenai voucher tersebut dan dijanjikan komisyen setiap pembelian voucher tersebut dari seorang kenalan bernama (Nadzreen Adzra Binti Mohammad) (0177048806‬ @ ‭0182653002‬) (830910-14-5456) .. sila hubungi beliau untuk sebarang tuntutan dan ganti rugi .. maafkan sekiranya ada sebarang salah faham yang berlaku .. tujuan memuat naik status ini adalah untuk membersihkan nama baik saya .. semoga kalian dirahmati Allah.. terima kasih – Assalamualaikum – ❤

A post shared by ZilaSeeron1 (@zilaseeron) on

IKLAN

Terdahulu, Zila ada memuat naik foto di Instagram awal Mei lalu menjelaskan bahawa dia juga turut ditipu rakannya mengenai hal itu.

IKLAN

IKLAN

Zila juga menerangkan bagaimana wanita tersebut juga tidak menjawab panggilan telefonnya.

Foto: Instagram Zila Seeron

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI