Uncategorized

“Buat Lah Macam Mana Pun, Tetap Cute!”- Buat Mimik Muka, Peminat Puji Wany Hasrita Tetap Cantik

Share

Penyanyi popular, Wany Hasrita telah diumumkan sebagai Bintang Paling Popular pada malam anugerah berprestij baru-baru ini.

Sekali gus, teman rapatnya iaitu Wani Selamat berkongsi kegembiraan itu di akaun Instagramnya.

“Tahniahhhh kakakkkkkkkkkkkuuu @wanyhasrita !!! MasyaAllah ! Wani doakan semoga akk terus berjayaaaa dunia akhirat !! muahhhhh sejuta kali Dah lama nk post pic ni sbenarnya..

 

Tapi tnggu hari yg sesuai. Harini kita post yayyy !,” tulisnya di ruangan kaspyen. 

Menariknya, kedua-dua penyanyi itu telah membuat mimik muka  dan ramai yang memuji kecomelan mereka berdua.

Amboi! Orang kalau dah lawa, buat apa-apa pun masih kelihatan cantik lagi kan?

Foto : Wani Music

IKLAN