Sebelum ini viral di media sosial mengenai pelakon Elfira Loy yang dikaitkan muflis, kini giliran adiknya pula didakwa liat membayar hutang.
Kisahnya, seorang wanita telah meninggalkan komen di Instagram meminta Elfira untuk melangsaikan segala hutang termasuklah hutang adiknya, Ezzrin Loy.
”Now boleh settle down kan segala hutang termasuk hutang adik lelaki awak tu ye,” tulisnya.
Individu tersebut mendakwa Ezzrin belum membayar bil ubah suai keretanya walaupun resit sudah dihantar berulang kali.
Ads
Elfira kemudiannya membalas komen berkenaan dengan menganggap individu tersebut tidak boleh melihat dirinya senang.
“Ni mesti jenis tak boleh tengok orang senangkan?” balasnya
Tambah individu tersebut, dia telah mencuba untuk menghubungi Ezzrin tetapi sehingga kini masih tiada respon.
Ads
Di ruangan komen, rata-rata meminta Elfira untuk menyelesaikan hutang adiknya itu namum ada juga yang tidak bersetuju dengan cara individu berkenaan menghubungi Elfira.
Ads
Bagi MH, kita tidak perlu terburu-buru untuk membuat sebarang spekulasi berkaitan isu ini kerana sejauh mana kebenaran berita ini masih belum dapat dipastikan lagi sehingga kini.
Foto: Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 40, sah bergelar isteri kepada lelaki pujaan hati, Mohamad Azlan Che Noh,30, dengan sekali lafaz.
Majlis akad nikah telah dilangsungkan di Putra World Trade Center, Kuala Lumpur tepat jam 9.09 malam dengan lima berbalas tujuh hantaran.
Elly dan suami telah dinikahkan oleh bapanya, Syed Hanafi Syed Abdullah dan disaksikan Abdul Manaf dan Mohd Akmaluddin dengan mas kahwinnya seutas gelang tangan emas.
Majlis bertemakan Malam Bulan Dipagari Bintang itu telah disaksikan kira-kira 750 tetamu, terdiri daripada ahli keluarga kedua belah keluarga, selebriti, media dan teman rapat.
Sebelum ini, majlis merisik pasangan mempelai telah berlangsung pada 19 Oktober lalu dan diadakan secara tertutup.
Elly dan Azlan seterusnya mengikat tali pertunangan pada 17 Disember tahun lalu dan pasangan sama cantik sama padan ini saling mengenali sejak Ogos tahun lalu.
Sepanjang tempoh berkenaan, Elly tidak mendedahkan foto wajah tunangnya itu secara terbuka, sehingga majlis malam berinai, malam tadi.
Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi, yang kini mencecah usia empat tahun.
Berkongsi mengenai bulan madu, pasangan ini merancang untuk berbulan madu di London, tidak lama lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek mengenang kembali detik cemas sewaktu menyelamatkan aktres, Maya Karin yang hampir lemas sewaktu penggambaran filem Duyung 16 tahun yang lalu.
Menurut Saiful, insiden tersebut masih segar diingatan dan masih terngiang-ngiang sehingga hari ini.
“Ketika kejadian, hanya Maya yang terlibat untuk penggambaran babak terakhir. Pada hari itu, kebetulan saya pergi menyelam berdekatan kawasan set untuk menghabiskan baki tangki oksigen.
“Ketika menyelam, saya ternampak Maya bergelut di bawah pulau buatan. Rupa-rupanya klip dan rambut palsu Maya tersangkut di jaring dan pihak produksi tak nampak kerana keadaan gelap.
“Jadi, saya yang berada di dalam laut terus selamatkan Maya. Lima minit di dalam laut itu jangka masa yang lama. Maya pula tidak menggunakan tangki oksigen dan berenang dengan memakai ekor duyung,” katanya kepada MH.
Anggota kumpulan Senario itu berkongsi kisah tersebut ketika ditemui di majlis sidang media pengumuman barisan pelakon filem ‘Duyung: Lagenda Aurora’ yang diadakan di The Wetland Studio Putrajaya, pada Selasa.
Katanya lagi, dia juga terkejut apabila mengetahui Maya bersetuju untuk kembali melakonkan watak duyung selepas apa yang pernah dilaluinya sebelum ini.
IMG 0156
“Ini perkara yang tak pernah saya dedahkan. Ia trauma buat saya dan Maya. Saya juga agak terkejut bila Maya bersetuju untuk kembali berlakon sebagai Duyung.
“Kalau ia terjadi kepada saya, saya akan fobia,” kongsinya lagi.
Mengulas mengenai projek sekuel ini, Saiful akui agak gemuruh lebih-lebih lagi untuk memenuhi ekspektasi peminat.
IMG 0157
“Kebiasaannya sekuel dibuat dalam jangka masa yang rapat. Ada filem yang sesuai untuk dibuat sekuel dan ada juga filem yang tak boleh bersambung. Ia berkemungkinan gagal dan mencalarkan reputasi filem asal.
“Pada mulanya, saya risaukan jalan cerita. Namun, pihak produksi memberi peluang buat saya untuk meberikan input supaya timeline filem ini sesuai.
“Pada masa sama, saya juga tidak kisah jika peranan saya kecil. Pada saya, untuk menghidupkan francais ini juga bukan mudah dan perlu pengorbanan. Jadi, saya faham,” akhirinya.
Selain Saiful, filem ini turut mengembalikan barisan pelakon-pelakon asal seperti Maya Karin, Yasmin Hani dan Yassin.
Malah, beberapa pelakon baharu turut diperkenalkan seperti Ayien Floor 88, Anna Jobling, Nadia Brian, Atu Zero dan Syarif Zero.
Duyung: Lagenda Aurora bakal memulakan penggambaran pada 13 September sehingga Oktober ini.
Filem ini dijadualkan akan ditayangkan pada suku ketiga 2025.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memuat naik sekeping surat yang diterima daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Naim Daniel tidak menyangka usahanya memartabatkan tulisan Jawi di dalam klip video terbarunya, Sembah mendapat pengiktirafan daripada badan penguatkuasaan bahasa itu.
Malah menurut surat itu lagi, DBP berharap agar pihak lain turut menyokong usaha memperkasakan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat.
“Allahuakbar, satu penghargaan besar bagi saya dan @wp.entertainment . Terima kasih DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (@dbpmalaysia ) untuk penghargaan ini.
“Teruskan mendengar lagu terbaru saya, Sembah ! Di semua platform digital ! #sembahxnaim,” kongsinya.
Hubungan antara pelakon Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop, difahamkan pernah melalui detik tegang apabila Ariz mendakwa, dia pernah menerima perintah injunksi pada Disember...