“Buat Hal…,” – Anak Bongsu Pelakon, Fazren Rafi Tertelan Syiling 20Sen

Share

Pelakon Fazren Rafi ada memuat naik foto gambar x-ray melibatkan anaknya, Rizqin Haqq yang tertelan duit syiling 20sen baru-baru ini.

Perkongsian tersebut dilakukan bintang tinggi lampai itu menerusi Instagram yang dikemas kini.

“Buat hal la Rizqin Haqq pi telan duit 20sen”, tulisnya ringkas.

Menerusi perkongsian foto awal malam tadi itu, rata-rata mendoakan semoga semuanya selamat.

Terdahulu, Fazren Rafi mendirikan rumah tangga dengan Syarifah Marlina Asyikin pada tahun 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Rizqin Qayyum, Rizqeen Uwais, Rizqin Humaira dan Rizqin Haqq.

Foto: Instagram Fazren Rafi

IKLAN