“Buat Gigi Aje Bukan Potong Tukar Jantina,” – Michael Ang Mengaku Berhabis Lebih RM2,000 Demi Gigi di Bangkok

Share

Pengarah, Michael Ang baru-baru ini dengan selamba menjelaskan dia telah membelanja sebanyak RM2,000 untuk membuat gigi tanpak lebih cantik dan putihh di Bangkok, Thailand.

Perkongsian menerusi keratan video tersebut dibuat menerusi salah satu entrinya di Instagram.

Menariknya, dia turut bertanya isu sama kepada tiga rakan pelakon lain iaitu Sharifah Sakinah, Scha Alyahya dan Sherry Alhadad.

Hakikatnya ketiga mereka tidak menggunakan operasi berkenaan.

“Buat atau tak buat gigi! Aku mengaku aku buat kat Bangkok 2k plus aje! Buat veneers! Buat gigi aje bukan potong tukar Jantina pun! Apooooooo! Luv u guys have a great week ahead!,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Video yang dikongsikan beberapa hari lalu itu sudah pun ditonton lebih 70,000 kali.

Foto: Instagram Michael Ang

IKLAN