“Buat Bodoh Dan Humble, Adalah Dua Kategori Yang Lain,” – Dr. Soo Wincci

Share

Penyanyi, Dr. Soo Wincci menyifatkan perlakuan ‘buat bodoh’ dan ‘humble (merendah diri)’ sebagai dua perkara yang berlainan, seiring dengan perkembangan semasa.

Bekas ratu ini bagaimanapun memahami akan maksud di sebalik ungkapan berkenaan.

Menurutnya lagi, ‘buat bodoh’ demi memuaskan hati orang lain atau kerana tidak mahu menimbulkan masalah.

“Ku Faham Yang Maksud Tersirat. Tapi Zaman Ini Berlainan Dah. Buat Bodoh Dan Humble, Adalah Dua Kategori Yg Lain.

“Pernahku Juga Buat Bodoh. Demi Nak Menang Hati Orang Lain. Atau hanya Tak nak wujudkan masalah

Sampai Ku Hilangkan Diri Sendiri.

“Ataupun lepas Itu dituduh pula dengan orang kenapa Saya Tak cakap Jujur Pada Awal,” tulisnya.

Wincci turut berpendapat, cinta yang sejati adalah yang terbaik.

“Percayalah Jika ia Cinta Yg Sejati. Bagi Mereka Tenggok Yg Tulen. Lihat Siapa Yang Betul Ikhlas.

“Daripada Seorang Dr Yg Masih Bujang. Biar Lambat Asalkan Betul Biar Bujang Asalkan Jujur,” titipnya lagi.

Foto: Instagram Dr. Soo Wincci

IKLAN