Selepas lebih seminggu, akhirnya penyanyi juga pelakon Indonesia, Acha Septriasa mendedahkan wajah anak kesayangannya, Bridgia Kalina buat pertama kalinya.

Foto anak perempuan sulungnya itu dikongsikan oleh Acha dan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Acha menulis dua maksud gabungan nama anaknya yang bermakna seorang dewi yang mencintai puitis dan bijaksana.

Briggia bermaksud sumber kekuatan dan penghubung yang kuat.Manakala Kalina bermaksud ‘to love’ inspirasi dari bunga yang tumbuh di Australia.

“Bridgia Kalina ❤️ seorang dewi yang mencintai puisi dan bijaksana , bridgia artinya strength : sumber kekuatan dan penghubung yang kuat. Kalina artinya “to love” terinspirasi dr Bunga yang tumbuh di Australia.” Tulisnya 

IKLAN

Bayi perempuan itu dilahirkan pada 20 September bertempat di RS Royal Hospital for Woman Sydney, Australia.

Berita gembira itu juga mendapat perhatian penyanyi terkenal, Rossa yang memuji kecomelan Bridgia. Malah, Melly Goeslow juga turut memuji dan berkata kini dia bertambah lagi seorang cucu.

Bridgia Kalina Nama Anak Acha Septriasa

IKLAN

Perkongsian pelantun lagu Berdua Lebih Baik itu telah menerima lebih daripada 118,000 likes setakat ini. Rata-rata pengikutnya mendoakan Acha selamat menjalani tempoh berpantang.

BACA JUGA > 5 Hari Dalam Pantang, Acha Septriasa Dah Keluar Jalan-Jalan

IKLAN

Dalam pada itu, ruangan komen dengan ucapan tahniah pengikut IGnya.Ramai yang memuji bayi perempuan sulung pasangan itu.

Bridgia Kalina Nama Anak Acha Septriasa

MH Online ucapkan tahniah buat Acha dan suami, Vicky Kharisma. Semoga Bridgia membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat kedua-dua ibu bapanya.

Bridgia Kalina Nama Anak Acha Septriasa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI