Uncategorized

‘Its a Boy!’ – Nora Danish Selamat Bersalin

Share

Akhirnya momen yang dinanti-nantikan pasangan Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri tiba apabila anak lelaki mereka selamat dilahirkan pagi tadi.

Perkara tersebut disahkan melalui IG story Nedim sendiri.

“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki. We will show Neyney face InsyaAllah, very soon. Thanks for all the prayer,” katanya.

 

Dalam pada itu, turut berkongsi berita gembira tersebut adalah rakan artis, Betty Rahmad.

“Alhamdulillah, mummy and Neyney all good,” tulisnya.

Syukurlah segalanya berjalan lancar buat Nora dan tentunya keluarga mereka lebih meriah dengan kehadiran ahli baru mereka.

Menerusi perkahwinan pertama, Nora dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Putera Rayqal, 9 tahun manakala Nedim juga mempunyai seorang anak lelaki melalui perkahwinan terdahulunya, Mohamed Nedrin.

MH difahamkan buat masa ini ‘baby’ itu dipanggil Neyney. Apa-apapun, MH ucapkan tahniah kepada Nora.

IKLAN